Pizza Mushroom Tuna Berjagung

Sudah lama saya tidak update sesuatu di blog senduk dan dapur saya. ye dak? semenjak demam dan kemudian pergi berkursus di Melaka tiga hari. Saya menjadi tidak ada nafsu mahu bercerita banyak disini ata di blog pena iman.

Baiklah. Hari ini saya korek semula resepi saya yang tertangguh. Mari kita bakar pizza sendiri.

......

Pizza Mushroom Tuna Berjagung

Bahan-bahan [Doh]

Tepung gandum

Yis atau mauripan [ 1 sudu]

Lemak sayuran

Mentega

Bawang [di tumbuk]

Air [air sejuk dalam peti sejuk anda. Jangan guna air panas]

Garam [secubit rasa]

Gula [1 sudu]

.......

Bahan-bahan Topping.

Sardine tuna [di hancurkan]

Sos prego

Cendawan butang [dipotong nipis]

Hirisan jagung

Sosej [di potong nipis]

Isi ketam [di potong nipis juga]

Mozzarella atau parutan cheess

Cili benggala [di potong nipis]

Bawang besar [dihiris bulat]


Cara buat doh.

Campurkan mauripan dengan tepung gandum. Masukkan bawang. Garam dan sedikit gula. Masukkan lemak sayuran dan mentega. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul buat doh seperti ini adalah sungguh senang. Gaul macam nak buat donut lah ala-ala macam itu.

Bila sudah menjadi doh. Tutup bekas doh sehingga menjadi naik. Biarkan selama 45 minit. Sehingga tepung menjadi ringan.

Okay? siapa reti buat donut. Sohih reti buat doh ini. kaedahnya sama.

Setelah tepung dah naik dan menjadi ringan. Masukkan dalam bekas. Buat macam gambarajah di bawah ini. huhuh.

kemudian..Sapu sos prego atas doh. Lagi banyak lagi sedap. Kalau ikut saya lah kan? Sedap kalo bersos banyak.

......

Kemudian.

Masukkan bahan topping. Aturkan menjadi seperti di bawah.

Kemudian..

Taburkan mozzarella atau parutan cheess.

Kemudian.

Bakar.


Kemudian. Siap. siap dah di masak.

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net