Air Asam dan Ikan Bakar

Mari saya ajar anda buat air asam. Untuk di sajikan bersama ikan bakar atau daging rebus atau bakar.


Air Asam dan Ikan Bakar


pheww!


Bahan-bahan

Tomato – 1 biji dihiris nipis

Bawang besar - dihiris nipis

Cili padi – di potong kecil

Lihat rajah.

Kemudian:

Tumbuk ini. lihat rajah.

Cili merah

Belacan

Asam jawa


Dan gaulkan ia. Masukkan sedikit air.

Masukkan sesudu gula. Perahkan limau. Urmmm.

siap dah.

Kemudian bakar ikan.

bersihkan ikan. belah dua bagi yang berisi tebal.

perap ikan bersama garam, kunyit dan lada hitam.

ikan bakar siap!

Kemudian sajikan dia.

Gulp! Sedap.

silasukalesungbatudisini

Pajeri Terung

Salamunalaik.


Hai. Hari itu saya kempunan telur tembakul. HAHAH. Bukan lah. saya kempunan nak makan pajeri terung. Hu. terasa di mulut sudah rasa-rasa manis dan berempahnya pajeri. Ish.

Tak boleh jadi. Saya tidak pernah masak pajeri sebelum ini. maka. berasa susah hati nak masak bagaimanakah.

Ring! Ring! Ring! [talipon puan emak di kampung halaman. Utara jauh nun. Tanya resepi pajeri terung bagaimanakah. Hahah]

Itu saja panggilan hayat yang ada.

Lalu. Saya menulis resepi hari itu iaitu:

Pajeri terung. Ikan yu bakar. Dan air asam. [hantar mesej pada encik suami tentang menu yang bakal saya masak hari itu- dia setuju]

Baiklah. Persembahkan kepada anda:

....................



Pajeri Terung.





Bahan-bahan kisar

Halia – sebesar ibu jari

Bawang putih – 3 ulas

Bawang besar – 2 biji

** bahan kisar ini sila gaulkan bersama rempah ikan atau daging dan kerisik.

Sila lihat rajah.

dan. gaulkan ia. macam ini gaya.

Bahan-bahan tumis

Bawang putih – dihiris

Bawang merah – dihiris

Bunga lawang

Bunga cengkih

Kulit kayu manis

Lada hitam

Lihat rajah.


Bahan-bahan lain.

Rempah kari ikan atau daging

Kerisik

Gula

Garam

Terung. Potong begini. Lihat rajah.

......


Goreng terung terlebih dahulu supaya kulit terung tidak benyek apabila pajeri anda masak nanti.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Lihat rajah dibawah.

Kemudian. Masukkan santan dan bahan kisar. Masukkan terung. Masukkan garam dan gula.

Ish. lihat rajah di bawah.

dan tunggu sehingga pajeri menjadi sedikit pekat. cukup rasa masin dan manis pajeri. kemudian. siap dihidangkan. yeheeew! cubaan pertama saya menjadi!

sedap dan hilanglah rindu kampung halaman masakan omak. sob sob.

silasukalesungbatudisini

Maggi Kari

Sekali sekala makan maggi memang sedap. Tapi makan maggi dua atau tiga kali sekali sekala memang mengundang muak. Saya tidak gemar.

Okay. mari kita bercakap soal maggi.

Encik suami suka jika saya membeli maggi tanpa perencah. Maggi kosong. Balik masak dan buat perencah sendiri. Katanya itu lebih baik dan okay.

Maka. hari itu saya memasak ia. Buka hari itu. sudah berbulan-bulan hari itu saya memasak maggi. Baru hari ini saya update disini.

.......



Maggi Kari




Bahan-bahan

Maggi kosong – saya ambil dua keping

Kari – 5 sudu

Telur – 3 biji

Bebola ikan – 8 biji

Bawang merah dan bawang putih – dihiris untuk ditumis

Sayuran- sila celur

  1. Kobis
  2. Kacang panjang
  3. Sawi

Okay. sila lihat rajah. Sayuran yang dicelur.


Dan maggi kosong ini boleh beli di pasaraya. Pilih yang kosong tanpa perencah.

Mula-mula

Tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan kari dan air. Sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bebola ikan. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan telur.

Tutup api.

Lihat rajah diatas.

.......

Kemudian. Masukkan maggi rendamkan ia. Sehingga lembut.


sampai jadi macam ini.


Siap.

Masukkan dalam mangkuk, masukkan sayur.

selamat mencuba!

silasukalesungbatudisini

Bebola Gandum Rangup

Ada sesuatu yang saya suka. Bila ada unsur penyamaran dalam makanan seharian. Buat pancing mata anak-anak kecil supaya makan. HAHAH. Jadi sebelum beranak ramai, mari lah berlatih memasak sesuatu yang boleh pancing anak supaya makan apa yang sang ibu masak. Okay? HAHAH.

Persembahkan anda:


Bebola Gandum Rangup




Bahan-bahan

2 senduk tepung gandum

2 sudu gula

2 sudu garam [sila larutkan dengan air panas dalam cawan]

Air panas baru mendidih

Tepung goreng Adabi

......

Tepung gandum anda tadi sila gaul dengan gula. Kemudian masukkan larutan air garam. Kemudian masukkan air panas ke dalam tepung. Jangan terlalu banyak. agak-agak tepung menjadi basah dan tidak terlalu benyek. Lenyekkan dia dengan senduk.

Lihat rajah dibawah.

Ha. Macam ini lah. faham tak?

Kemudian.

Bentukkan dia menjadi bebola. Begini.

dan begini.

Kemudian.

Gunakan tepung goreng adabi.

Salutkan bebola gandum bersamanya.

Kemudian. Goreng.

Lihat rajah.


Dan. Goreng sehingga warna emas kekuningan begini.


Dan siap. tengok ni?


Ia sedang menyamar seperti nugget ayam tempura kan? Hahaha. Mari mengajar anak jangan makan makanan segera. Ia tidak sehat. Jadi gantikan ia begini. Boleh juga jika anda mahu masukkan jagung di dalamnya. Ia lazat tahu?

Kemudian buatkan sos.

Sos.

Kisar cili kering bersama bawang.

Tumis. Masukkan gula dan sedikit garam. Masukkan sos cili untuk memekatkan kuat.

Siap dah. Lihat ini.

.....

Kemudian. Tuang sos ke atas bebola ini. yeah!

Dan.

Saya lah itu suka cicah dengan sos.

Dan.

Encik suami suka cicah dengan mayonis.

Mana-mana saja yang anda suka. Sila lah cuba sajikan!

silasukalesungbatudisini

Cekodok Roti Pisang

Selamat malam.

Resepi lama sudah bertimbun tersimpan dalam kamera saya. Tidak saya publish kan sebab saya tidak cukup kaki dan tangan buat masa sekarang. Tangan kena buat banyak kerja lain.

Maka. hari ini saya ada tangan lebih. Boleh la saya update sesuatu. AHHAHA. Ye dak?

Resepi lama bersarapan pagi dengan ini: tadaa~

.....

Cekodok Roti Pisang.




Apa yang anda perlukan ialah:

Bahan-bahan

Pisang

Roti


Tak payah garam.

Tak payah gula.

Air pun tak payah.

......

Racikkan atau koyakkan roti macam di bawah.

Dan lenyekkan pisang seperti di bawah. [gaya macam kita nak nuat cekodok lah]

Panaskan minyak.


Goreng kan dia! Yeehaa.

Kemudian.

Siap.

Mudah.

Dan ringkas.

Dipersilakan makan!

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net