Ayam Goreng Halia Bermadu


Salamun alaik. Selamat bekerja. Minggu lepas memang saya sibuk tidak menahan menghadap hari sukan sekolah. menghadap petang-petang latihan rumah sukan sekolah. dan aktiviti memasak dirumah juga tidak berlangsung dengan baik.

Cuma memasak sesuatu yang mudah-mudah dan senang. Encik suami pula sudah memberi signal suruh masak sesuatu yang ringkas bila sudah ada jamuan di pejabat. Okay. saya senang hati.

Maka. saya persembahkan suatu hidangan yang cukup mudah tidak payah banyak fikir.

SEMUA ORANG BOLEH BUAT.

.....


Ayam Goreng Halia dengan Madu


Bahan-bahan

Ayam – di hiris kecil. Cuci dan toskan.

Madu- satu sudu

Gaul ayam bersama garam dan sedikit kunyit dan madu


Bawang besar- di potong bulat

Cili padi – 5 tangkai di belah dua

Halia – di hiris nipis-nipis.

........

Goreng ayam sehingga masak. Masukkan bahan yang dihiris iaitu bawang besar, Cili Padi, dan Halia.

Hidangkan bersama daun lettuce. Siap. HAHA.

Ia sangat mudahkan?

Sedap dan ringkas. Bersama wangian bawang, halia dan kemanisan madu.

untuk hari yang sangat sibuk. ia masih boleh memecah selera.

Sekian. Selamat mencuba.

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net