Telur Bungkus Daging Berempah

Ini resepi waktu sudah tidak ada idea lagi mahu memasak apakah. Ini lah konflik puan-puan suri rumah yang paling dapat ranking tinggi. Masalah kadang-kadang tidak tahu dah nak masak apa. Puas berguling dok fikir mahu masak apakah yang kena dan sesuai.

Okay lah. ini resepi masa bosan tidak tahu dah nak cakap apakah.

.....

Telur Bungkus Daging Berempah



Bahan-bahan

Telur [3 biji. Pukul telur sehingga kembang]

Daging [di hiris halus dan nipis]

Bawang besar [1 biji dipotong bulat]

Bawang merah [3 biji di tumbuk]

Bawang putih [1 ulas di tumbuk]

Halia [sebesar ibu jari di tumbuk]

Sedikit rempah kari daging. [2 sudu]

Garam.

.....

Okay lah.

Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan daging. Sedikit garam. Goreng sehingga hampir masak. Masukkan rempah kari.

Kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan daging menjadi masak. Kaupkan. Dan ketepikan.

Telur yang sudah dipukul kembang di goreng rata. Lihat rajah kat bawah ni. Ha. Macam ni. Alar. macam nak masak nasik goreng pataya tu lah.

Tengok ni.

Siap. bungkus daging berembah tadi dalam telur. Siap.

Tadaa~ siap. jom makan.


silasukalesungbatudisini

Koktel Sagu Buah

Salam rejab yang sudah nak penghujung.

Saya sukakan koktel ini. jika di buat di rumah encik ayah di kampung hamalan. Beliau amat gemarkan ini secara banyak. saya juga. Dan sekarang encik suami juga.

....

Koktel Sagu Buah


Bahan-bahan

Sagu

Pewarna ros

Gula


Susu cair

Gula merah


Anggur

Nata de coco

Kismis

Satu tin laici

.....

Mula-mula.

Basuh sagu. Dan rebus sagu sehingga masak kesemuanya. Lihat rajah dibawah.


Kemudian. Masukkan bahan pewarna ros. Dan sedikit gula. Ketepikan dan masukkan dalam bekas.

Masak gula merah dan masukkan ke dalam mangkuk.

Okay. siap.

.....

Masukkan sagu dalam bekas minuman atau mangkuk kecil. Masukkan buah laici dan anggur. Kemudian taburkan kismis.


Letakkan air gula merah. Kemudian masukkan susu cair.

Letakkan sedikit ais kiub. Dan siap dihidangkan.

Tadaa~

Slurppp! Sesuai benar buat berbuka puasa.

silasukalesungbatudisini

Peria Bergoreng Telur

Tidak ramai orang sukakan peria secara banyak. Sebab peria pahit. Tapi saya sukakan peria secara banyak. Al hamdulillah encik suami punya tekak pun boleh terima.

Dia tidak memilih makan dan suka saja apa yang dikira sedap.

Seronok. Sebab jika tidak kena apa-apakah dia akan mencadangkan saya memasak begini dan begitu untuk meningkatkan rasa yang baik. Jika sedap selalu memuji saya. awww!

HAHA. Macam itu lah.

.....titik.

Okay. Kembali kepada menu peria. Hari ini saya mahu kongsi ini. Kepada penggemar peria.



Peria bergoreng Telur


Bahan-bahan A

Peria. [di belah dua. Di hiris nipis]

Telur [3 biji]

Sos tiram


Bahan-bahan B [tumbuk lagi syok]

Bawang putih [1 ulas]

Bawang merah [3 biji]

Cili padi

Ikan bilis

Bawang besar [1 biji di potong bulat]

........

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar kecuali bawang besar yang dipotong bulat sehingga naik bau.

Masukkan sos tiram dan garam. Kacau.

Masukkan peria. Biar kan lembut sedikit. Masukkan bawang besar.

Dan pecahkan telur. Jangan lah dikau godak telur tu sampai hancur semua ye dak? biar masak dulu baru godak.

Kang pecah semua tidak menjadi seronok di lihat. HAHA.

Siap dihidangkan.


Peria sesuai macam ini saja saya rasa. Kalau ada resepi lain silalah beritahu. Mungkin akan saya cuba. HAHA.

silasukalesungbatudisini

Rendang Tok

Ia adalah resepi oghang perak. Yang saya masih musykil kenapakah namanya berkait dengan tok. Mungkin tok dengan tokwan orang perak saja yang reti masak masakan ini ye dak? HuHu.

Tapi. saya belum lagi jadi tok dan encik suami pun belum jadi tokwan. HaHa.

Pada saya biarlah namanya apakah. Tapi ia pada saya sangat sedap dan sesuai dengan tekak. Petang tadi saya memasak ini sebagai menu makan malam saya dan encik suami. I loike!

......

Rendang Tok



Bahan-bahan A kisar [seperti biasa sila guna lesung tumbuk di atas itu kalau rajin] HAHA. Kalau tumbuk lagi sedap daripada kisar.

bawang merah [5 biji]

bawang besar [1biji]

sebatang serai [potong nipis-nipis sebelum tumbuk]

bawang putih [2ulas]

halia [sebesar ibu jari]

lengkuas [jika awak suka lah]

sedikit jintan manis dan jintan putih

lada hitam

cili kering [5 tangkai]

Gula Melaka

Lada hitam


Bahan B

Daging [cuci dan hiris]


Bahan C

Bunga lawang

Bunga cengkih

Kulit kayu manis

Kerisik

Sedikit pati santan

Cili padi dibelah dua

.........

Okay.

Mula-mula tumis bahan kisar bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bahan kisar sehingga naik bau.

Saya suka meletakkan sos tiram dan sedikit kicap manis dalam masakan ini.

Masukkan daging. Gaulkan. Masak sehingga daging hampir masak

Masukkan kerisik. [kerisik adalah untuk memekatkan kuah]

Kacau masakan. Jangan biarkan. Nanti kat bawah tu akan hangus pulak ye dak?

Masak sehingga kuah menjadi pekat dan hampir kering.

Siap.

Mudah kan? Cuma bahan dialah tak menahan. Banyak herba. Kalau tidak banyak herba tidaklah namanya TOK ye dak? orang lama. HAHA.



tadaa~ rendang tok dan tokwan..hihi..

silasukalesungbatudisini

Paprik Daging

Masak paprik sekali sekala memang okay. Tapi kalau masak selalu-selalu memang tidak okay. Sebab akan bikin muak. Dan rasa tidak mahu makan lagi.

Tapi. kalau kena cara memang syok. Kena lah pasangkan dia dengan nasik panas-panas dan ada pulak telur dadar.

Masak paprik bila teringin nak makan. Okay lah. mari kita berkongsi.

.......

Paprik Daging

Bahan-bahan A:

Daging [potong ikut kesesuaian dan jangan main potong jek. Ikut ira daging dengan baik. Kelak tidak liat sangat]

Boleh juga jika anda mahu menggunakan ayam. Dipotong secara kecil kecilan. Ia mudah.


Bahan B [tumbuk lah lagi bagus]

Bawang merah

Bawang putih

Bawang besar

Serai diketuk

Cili padi diketuk


Bahan C [sayur]

  1. Kacang panjang [dipotong]
  2. Karot [potong bulat @ panjang] up to you lah.
  3. Bunga kobis
  4. Bawang besar [potong bulat]
  5. Jagung muda

    [saya lupa nama jagung muda apakah lagi kalau-kalau ada nama lain, lalu saya tanya cikgu meja belakang, dia kata orang Kelantan panggil namanya "ketiak jagung"] SAYA KETAWA BERDEKAH-DEKAH. HAHHAHHA.


  6. Tomato belah empat.
  7. Daun limau purut. [koyak daun limau purut untuk dapat hasil yang syok. Bau yang wangi]
  8. Sedikit garam dan gula

Okay? siap bahan

........................

Mari kita lakukannya:

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan air, sos tiram dan sedikit kicap manis. Masukkan serai dan cili padi yang telah diketuk. Agak-agak mendidih.

Masukkan pula daging yang dipotong tadi. [jika daging batang pinang memang tak payah cakap banyak. memang lembut] tapi, kalau daging lain kena lama sikit lah masak. Masak sampai daging empuk dan tambah air jika nampak masakan macam mahu kering.

Lazimnya. [ish awat haku guna ayat skema sangat nih?]

Okay lah.

Selalunya daging akan mengeluarkan airnya yang tersendiri. Jadi. Biarkan ia keluar. Masak sampai daging sampai masak. Masukkan sedikit garam dan gula serasa yang baik mungkin.

Kemudian.

Masukkan semua sayur termasuk daun limau purut. Kecuali tomato dan bawang besar yang dipotong bulat. Jangan dulu. Ia sungguh mudah lecur. Masukkan kemudian.

Okay. jangan lama sangat. Sayur kalau layu sangat tidak sedap. Jadi biar rapuh sayur masih ada. Ia sehat.

Kemudian masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong bulat tadi.

Siap. angkat. Hidang.

Paprik Daging lazat bersama nasi panas tak menahan. Ha kau?



silasukalesungbatudisini

Kerang Pes Tomyam

Ini resepi lama saya yang saya masih akan lakukan jika membeli kerang. Sebab apakah?

Ia mudah.

Ia sedap.

Ia sangat sesuai untuk penggemar kerang.

Ia berbaloi-baloi lah. HAHA.

.....

Kerang pes Tomyam



Bahan-bahan:

Kerang 1 kilo [ dicuci dengan baik-baik]

Se paket Pes tomyam adabi [separuh]

Daun limau purut

Serai di ketuk

Sedikit garam

Limau purut di belah dua

......

Kemudian.

Masukkan kerang dalam periuk untuk di rebus.

Rebus bersama serai yang diketuk tadi. Masukkan pes tomyam. Garam.

Bila mendidih masukkan daun limau purut. Tutup periuk seketika.

Bila sudah masak. Angkat dan hidangkan.

Perahkan asam limau.

......

Wah. Siap. yummy. Makan saja-saja meratah sambil berborak sungguh sodap. HAHHAH.


silasukalesungbatudisini

Ayam Goreng Masak Kicap Bermadu

Salamun alaik.

Ada orang suka dengan ayam goreng masak kicap. Orang itu adalah encik suami saya. entah dimana dia suka sungguh dengan masakan itu. Saya tidak lah gemarkan sangat secara sungguh-sungguh. Saya suka ia sedang-sedang saja.

Oleh kerana encik suami suka. Maka saya relakan saja mengulang masak. Okay. sila lihat resepi di bawah.

.............

Resepi

Ayam Goreng Masak Kicap Bermadu.


Bahan A [perap dalam 30 minit dan gorengkan]

  1. Ayam[ siangkan dan potong ikut kehendak masing-masing. Mahu kecil-kecil atau besar]
  2. Dua sudu madu
  3. Garam kunyit


    Bahan B [tumbuk lagi sedap daripada kisar]

  4. Bawang merah [5 ulas]
  5. Bawang putih [2 ulas ]
  6. sebiji tomato [potong dadu]
  7. Cili padi [3 biji]
  8. Halia [sebesar ibu jari] tengok ibu jari anda besar ke tidak. HAHAH. Kalo tidak puas hati tengok saiz jari kaki. Ahahha. [saya gurau jek la ye dak?gilos]
  9. Bawang besar [1 biji]

Bahan C

  1. Sos Tiram
  2. Kicap Manis
  3. Air asam jawa
  4. Gula
  5. Garam


    ............okay?


  6. Ayam yang diperap tadi di goreng sampai masak. Saya tidak suka separuh masak. Sebab nanti ada darah kat tulang dia tak masak betul-betul jadi langkah selamat goreng ayam sampai masak.
  7. Ketepikan ayam. Buangkan separuh minyak yang digoreng ayamnye tadi bah....
Kemudian buat macam di bawah ini.

  1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan sedikit sahaja garam sebab takut masin sangat la hai. Jangan main masuk jek tau. Kemudian masukkan gula.

Apabila sudah masak dan menjadi pekat molek-molek. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul kan sampai kuah semua melekat pada isi ayam. Dan apabila kuah dan rasa ayam goreng telah sebati. Siap.

Tadaa~ ha tudia. Ayam goreng masak kicap bermadu. Ewah.



p/s: potong bawang besar bulat-bulat juga dan taburkan diatas masakan semasa sudah hampir masak.

silasukalesungbatudisini

Jemput jagung comel

Menu minum petang saya sajikan jemput-jemput jagung.


Jemput-jemput jagung adalah kegemaran saya. Nak buat jemput-jemput jagung bukannya payah sangat pun.

Apa yang awak-awak kena ada mestilah tepung dan jagung ye dak?

HaHa. Jemput jagung ini saya buat dengan penuh disiplin sebab saya sukakan jemput jagung yang tidak selebet. Ish. Maksud apakah ini. tak faham tak apa. Mari kita lihat cara buat.

.......

Resepi:

Jemput Jagung Comel.


Bahan:

Cuba lihat gambar ini. Apa yang kena ada Cuma ini:

  1. Tepung gandum [bergantung pada anda nak buat banyak atau tidak. Tengok ahli yang nak makan lah ye dak?
  2. Jagung [di hiris halus dari sebatang jagung]
  3. Ikan bilis [di tumbuk] guna lesung batu kat atas tuh. HAHAH
  4. Bawang [nak hiris pun okay. nak tumbuk sama ikan bilis pun tak ada hal]

Then...gaulkan semuanya. Saya guna air panas kesemuanya. Jangan banyak-banyak dulu pi bubuh air. Agak-agak agar tidak cair melampau. Agak-agak boleh gentel.

Masukkan sedikit garam dan gula.

Siap. tengok ni.


Then...gentel jadikan macam ini lah. bulat-bulat dan tidak selebet. ia comel dan bergaya disiplin. HiHi.

Okay?

Kemudian. Gorengkan jemput jagung comel anda itu. Jangan api perlahan sangat. nanti makan minyak. Jangan api garang sangat. Nanti hangus jadi arumugam semuanya. Yang sedang-sedang saja. Ye dak?

Okay. akhir sekali. Siap dihidangkan.

Tadaa~ sambil memegang tagline ia Enak. Mudah. Dan comel.

HAHAHA.


p/s: sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi.

silasukalesungbatudisini

Resepi daging Black Pepper Souce

selamat siang semua. sila pegang senduk tanda sokongan. HAHAH. gila.

Resepi masakan ini sudah lama saya simpan sebab semasa itu belum pun ada masa untuk membuat blog masakan. Yo lah. tidak lah larat saya mahu membuka blog baru jika saja-saja.

Tapi. bila saya rasa pasal masak memasak ini lebih baik saya tuliskan di sudut yang lain dan tidak dicampur dalam blog santai-santai saya. ye dak?

Sekurang-kurangnya saya ada koleksi masakan ini untuk di kongsi-kongsi secara suka-suka. Saya bukanlah chef atau mahir tahap gaban dalam memasak ini.

Satu saja pada saya. Memasak adalah satu perkara senang, boleh dicuba-cuba dan siapa-siapa pun sebenarnya boleh memasak. Tidak boleh tidak.

Okay lah.

............

Resepi:

Daging Black Pepper Souce



Bahan-bahan kisar:

  1. Cili kering [potong dan rendamkan sampai lembut]
  2. Lada hitam [jangan banyak sangat jika tidak tahan pedas]
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Cili hijau

Semua bahan diatas dikisar okay.

........

  1. Daging [di potong ikut saiz yang anda suka dan dibersihkan]
  2. Bawang [potong bulat]
  3. Daun saderi dan daun bawang [dihiris halus untuk ditabur]

........

1. sos lada hitam

2.sos tiram

3. kicap manis

Tumis semua bahan kisar sampai naik bau. Masukkan sedikit air asam jawa. masukkan sok tiram, sos lada hitam, dan sedikit kicap manis. Kacau sampai bahan kisar masak. Masukkan daging. Biarkan sampai daging masak. Alar..sampai kuah naik pekat dan daging nampak empuk dah. Ye dak?

Lepas itu tadi jangan lah lupa masukkan garam dans edikit gula. Garam tu basic lah. kalau tak letak garam mana jadi. Kasih kan umpama garam. Tak ada garam tak jadi lah ye dak?

Bila sudah masak. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi.

Siap dihidangkan. Taburkan daun sup dan daun bawang.

selamat mencuba!

p/s: ingat tu..kasih umpama garam.

silasukalesungbatudisini

Resepi dessert

Sebagai permulaan yang manis-manis..

suka saya mahu mengajar anda sesuatu yang mudah dan sedap. boleh jadi menu diet jugak SIKIT-SIKIT. HAHA.

okay. mari tengok tajuk manis-manis:


Desserts senang tidak sangga.
okay.

bahan:

1. ais krim vanilla [ 3 sudu]

2. mayonis [2 sudu]

3. kismis [1 sudu] jika suka. letaklah banyak mana pun. ye dak?

4. salad

5. buah-buahan

[samada apple, honeydiew, kiwi, jambu, pear, lai atau apa sahaja yang kamu suka. Silalah semuanya di potong dadu]

Bila semua bahan sudah ready: gaulkan ia. Taburkan kismis. Dan letakkan diatas salad. Dan simpan dalam peti sejuk. Ia sedap. Sebagai pencuci mulut sangat sesuai. Selamat mencuba ya!

Tapi jika malas saya cuma gunakan anggur. Tadaa~

p/s: tidak lah kira buah apakah janji bukan buah durian atau buah-buahan bermusim.

silasukalesungbatudisini

ia tentang senduk dan dapur

Salamun alaik kepada semua di luar sana.

Hey. Iman telah berjaya membikin satu lagi blog khas untuk masak memasak sahaja.

Dengan tag nama senduk dan dapur sohih cerita pasal masak ye dak? takkan cerita pasal hardware atau kes jenayah pullek!

Ahaha.

Hish.

Sajalah. mahu menerai post entri baru.

Disini akan saya sajikan resepi-resepi buat tatapan semua.

Iman. Bukan pembikin kek. Sebab dia failed dan sedang mahu belajar.

Dia adalah pemilik lesung batu.

HAHA.

Selamat malam.

p/s: blog masih dalam pembikinan. Belum siap godek.

Jangan bising kang kena ketuk dengan lesung batu. HIHI.

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net