Lamb Chop Cinta

HAHHAHHA..tengok pada tajuk. Tidak menahan ada perkataan cinta disitu. Saja lah ajak encik suami bercinta dimeja makan makan malam sama-sama. Penat saya memasak. Menunggu encik suami kesayangan pulang. HAHA.
.........

Saya sudah lama teringin mahu bikin lamb chop. Sekian lama saya memerap daging kambing dalam peti sejuk. Tergendala sebab saya pergi berkursus di Melaka hari itu.

Semalam. Saya malas memasak nasik dan boleh lah memasak lamb chop sebagai makan malam. Menunggu encik suami pulangjam 6.30 petang makan malam bersama.

Okay. mari lihat resepi.

.....

Lamb Chop


Bahan-bahan [marinate]

Daging kambing bahagian bahu [beli di pasar raya. Balik perap sendiri]

Bawang besar- 1 biji [dikisar]

Bawang putih-2 ulas [dikisar]

Bawang merah- 5 biji [dikisar]

Halia [dikisar]

Lada hitam [dikisar]

Madu [3 sudu]

Sos tiram [3 sudu]

Garam [secukup rasa]

** gaul semua bahan kisar dan perap daging sebaiknya semalaman. Saya sudah terlebih marinate sampai satu minggu sebab berkursus punya pasal]

.......

Bahan-bahan [sos lamb chop]

Bawang besar – 1 biji [dikisar]

Bawang putih – 2 ulas [dikisar]

Bawang Merah – 5 ulas [dikisar]

Cendawan butang [dipotong nipis]

Lada hitam – 2 sudu [ditumbuk]

Tepung jagung – 1 sudu [dibancuh dengan air]

Garam

Sos tiram

Sos lada hitam

Air

.........

Bahan-bahan [sayuran] jika suka.

Brokoli - direbus

Bunga kobis - direbus

Karot- direbus

Jagung- direbus

Kentang [di goreng]

.......

Cara memasak:

Daging diperap dan dibakar. Suhu adalah antara 220 darjah celcius dalam masa 30 minit. Lihat gambar dibawah. Macam ini hoh.

Kemudian masak kuah.

Cendawan butang dipotong nipis. Macam ini lah. nak potong macamana pun tidak apalah. Tengok ini.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Cendawan dan air. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit kiub ayam jika suka.

Kemudian masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jangan banyak sangat lah tepung jagung tu. Kang pekat sangat. Tidak sedap. Okay. tadaa~ ini kuah sudah siap.

Kemudian rebuskan sayuran. Macam di bawah. Ini pun nak kena ajar tidak tahulah kalau merebus tidak reti. Hihih.

Okay.

Tengok daging sudah masak.


Dan. Boleh dihidangkan.

dan. selamat mencuba. tiada yang mustahil kalau berani cuba. ye dak?


dan ini adalah :
iklan gigi bersih dan gigi yang sehat boleh makan lambchop dengan gumbira.




silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net