Kerabu Mempelam Bunga Kantan



Siapa penggemar kerabu mesti suka. Siapa yang suka ulaman pun akan suka kerabu. Saya lah orang itu. orang lain saya tidak tahu. Dan yang suka sayuran pun akan pasti cuba makan juga. Saya tidak memilih makan. Dan sayuran lah akan saya serang dahulu jika dalam bab makanan ini. HaHa.

Mari. Saya beri resepi ringkas dan mudah bagi penggemar kerabu dan sayuran.

.....



Kerabu Mempelam Bunga Kantan

Bahan-bahan

1 biji mempelam [saya suka mempelam yang lemak dan kurang masam]

1 tangkai bunga kantan

Daun selom

Bawang besar [1 biji]

3 biji cili padi

5 sudu besar pati santan

Garam

Gula

.......

Cara menyediakannya mudah.

Semua bahan diatas dihiris nipis-nipis. Dan mempelam diparut atau diracik halus. Lihat gambar dibawah ni. Tengok. Semua dihiris halus.

Masukkan gula, garam secukup rasa. Gaul bersama pati santan.

[jika suka bunga kantan lebih pun sedap juga]

Siap. tadaa~


mudah dan ringkas bukan? Sila cuba untuk penggemar sayuran. Daa~

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net