Daging Sweet Sour


Hai pembaca diam saya. semalam saya sungguh kempunan mahu makan daging sweet sour. Terasa tekak macam mahu daging. Jadi. Hari ini saya mengepost entry secara laju-laju sebab sekejap lagi sudah saya mahu pulang ke rumah. Tanda hari persekolahan sudah tamat. Waktu senggang yang sedikit ini saya guna untuk menulis resepi daging sweet sour.


Okay.

.....


Daging Sweet Sour



Bahan utama

Daging- dipotong dan dibersihkan.

Sila rebus daging anda. Lihat ini.

Kemudian.

Goreng daging secara layang sahaja. Untuk menggaringkan dia sedikit.

Lihat gambarajah menggoreng ini.


Ok. Ketepikan daging.

.......

Bahan Menumis [kisar]

Cili Kering- 8 tangkai di rendam bersama air panas

Halia –sebesar ibu jari

Bawang Merah – 5 ulas

Bawang Putih – 2 ulas

Bawang Besar- dipotong bulat

Tomato- di hiris kecil-kecil

..........

Bahan Sos

Sos Tiram- 2 sudu

Sos Tomato – 2 sudu

Sos Cili – 2 sudu

Air asam jawa

......

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, sos tiram, sos tomato, dan sos cili. Sehingga masak. Masukkan air rebusan daging. Dan sedikit garam dan gula sehingga rasanya menjad baik-baik dan sedap.

Tengok kuah ini.



Apabila kuah sudah masak. Masukkan daging yang sudah digorengkan tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada semua daging. Biarkan selama 5 minit agar menjadi sebati dan mesra.

Ewah. Sebati dan mesra. Ha kau?

Kemudian. Siap dihidangkan. Tadaa~



silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net