Ramai meminta saya resepi rendang asam ayam ini. Samada cikgu disekolah atau kawan-kawan sekolah. Ini masakan paling mudah yang saya kira sangat senang untuk disediakan.
Masakan ini sudah saya uji dengan citarasa encik suami. Sungguh dia menyukainya dan saya pun juga. HAHA.
Bagi orang utara goreng itu dipanggilnya rendang.
Baiklah. Jom kita berendang-rendang.
......
Bahan-bahan.
Ayam [di cuci dan di hiris kecil atau ikut selera anda mahu besar atau kecik atau sedang-sedang]
Kunyit
Garam
[toskan ayam. Sapukan sedikit gara dan kunyit]
Bahan-bahan tumis
Sos tiram
Air asam jawa [satu mangkuk kecil]
Bawang merah [6 ulas] - ditumbuk
Bawang putih [3 ulas] - ditumbuk
Bawang besar [1 biji] – di tumbuk
1 sudu lada hitam – ditumbuk
Serai -diketuk
Cili padi [ 5 tangkai diketuk tidak lumat]
Tomato [1 biji di potong dadu]
1 biji Bawang besar [ dipotong bulat]
Garam
Gula
........
Ayam digoreng dan diketepikan.
Tumiskan bahan yang ditumbuk, bawang besar, bawang putih, bawang merah, serai, cili padi, lada hitam, tomato sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
[kalau ada anak kecil, jangan letak lada hitam dan cili padi lah. kesian pulak dia menahan pedas dan panas lada hitam. Ye dak?]
Masukkan sedikit gula dan sedikit garam. [jangan lah dikau bubuh garam banyak sangat. Kan tadi dah di goreng ayam dengan sapu garam kunyit] ye dak?
Yang penting. Masak bahan tumis bagi sedap-sedap dulu.
Kemudian.
Masukkan ayam yang digoreng. Gaulkan sehingga kuah melekat di isi ayam. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat.
Potong daun bawang dan saderi. Taburkan.
Tadaa~ siap di hidangkan.