Sup Bebola Ikan

Saya sukakan sup secara pukal. Berpukal-pukal sukakan sup tidak boleh cerita. Tidak kira sup apakah. Sup sayuran atau bebola ikan atau sup ayam atau daging atau sup cendawan atau apa saja. Sup ikan pun sedap.

I looiikkee so much.

Saya buat sup bebola ikan ini sudah lama. Maka. mari saya kongsi sup bebola ikan yang sedap ini. Ewah.

.....


Sup Bebola Ikan


Bahan-bahan A

Bebola ikan segar – 20 biji atau ikut suka anda [tengok kuantiti si pemakan] HAHA.

.....

Bahan B [Tumis]

Sup bunjut

Bunga lawang

Bunga cengkih

Kulit kayu manis

Buah keras

Cili Padi – diketuk

Lada Hitam – ditumbuk

Bawang Putih – 1 ulas ditumbuk

Bawang Merah – 4 Ulas – ditumbuk

Kiub Ayam – 1 kiub


Bahan C [ Sayuran]

Cendawan

Taugeh

Bunga Kubis

Karot

Jagung Muda


......

Tumis semua bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air. Masukkan bebola ikan. Biarkan mendidih.

masukkan garam secukup rasa.

Masukkan sayur yang tidak mudah empuk terlebih dahulu. biarkan sedikit empuk dan mendidih.

Tutupkan api.

Masukkan taugeh.

Taugeh yang terakhir sebab mudah lecur. Ye dak?

Siap dihidangkan.

Masukkan daun saderi dan daun sup.


Sodap. Boleh di makan dengan nasi. Atau dengan bihun atau dengan kueteow. Ye dak?

Slurrppp!


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net