Sambal Telur Dadar Hancur


Selamat bersahur. Ahaha. Bukan bersahur sekarang lah. bikin cuak bersahur jam dua petang. Saya saja menyajikan menu ringkas. Kalau semua pes sudah tersedia dalam peti sejuk. Ia memang memudahkan kerja. ye dak?

Tidak lah kita jam jam itu kena sedia semuanya. Pes cili kering sudah siap-siap saya buat stok. Pes halia dan bawang besar atau apakah. Sila buat siap sedia. Supaya tidak terkejar-kejar waktu. Maka. waktu suntuk atau apakah kita menajdi sentiasa sempat. Ye dak?


.....


Sambal Telur Dadar Hancur



Bahan-bahan [ kisar]

Cili kering – di rendam air panas [jika masih anda belum sediakan pes]

Bawang Besar

Bawang putih

Bawang merah

Sos Tiram

Garam dan gula – secukup rasa

......

Tumis semua bahan kisar sehingga masak. Masukkan sos tiram. sedikit garam dan gula. Apa yang penting. Sedapkan kuah terlebih dahulu.

Kemudian.

Pecahkan telur. Jangan terlampau kacaukan ia. Sikit-sikit saja sudah lah ye dak?

Okay. siap. mudah.

Boleh di makan dengan nasi panas atau menjadi bahan pencicah bersama roti. Auumm.. sesuai waktu sahur saya yang ringkas.

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net