Saya gemarkan kerabu. Tidak kiralah kerabu apakah. Untuk penggemar sayuran, saya kisahkan kepada anda semua tentang kerabu yang boleh saja kita buat. Ia tidak payah pun.
.....
Kerabu Pegaga Jantung Pisang
Pegaga – 1 cekak
Jantung pisang – i biji sila rebus
Tomato – 1 biji
Kelapa
Pati santan
Cili kering – direndam
.....
Semua bahan diatas dihiris halus.
Jantung pisang sila rebus sehingga lembut.
Tumbuk cili kering bersama secubit garam, asam jawa dan sedikit belacan sampai lumat. Masukkan pati santan suku cawan. Gaulkan kesemua bahan. Siap. HoHo.