Masak Lemak Cilipadi Nenas dan Daging Salai



Saya sukakan nenas masak lemak cili padi. Cuma semalam saya tambahkan daging salai diatasnya. Menjadikan tajuk masakan berubah. HAHA.

....


Masak Lemak Cilipadi Nenas dan Daging Salai




Bahan-bahan

Daging – di potong ikut selera anda. Saiz yang sesuai untuk dibakar.

Nenas madu– dikupas dan dibuang semua mata yang tajam-tajam tu.


Hiris nenas nipis ikut kesukaan anda.


Cili padi – 4 biji di belah dua

Bawang putih – 2 ulas – ditumbuk

Bawang Merah – 3 ulas – ditumbuk

Ikan bilis - ditumbuk

Kunyit – 3 sudu kecil

Daun kunyit – hiris halus

Garam

Santan 3 cawan

......

Daging saya perap semalaman dengan garam dan kunyit supaya garam dapat masuk meresap dalam daging.

Saya bakar daging seperti ini. grill ia biar garing.


kemudian hiris dan ketepikan.

.......

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan pati santan. Masukkan juga kunyit dan nenas. Biarkan mendidih. Masukkan lebihan santan.

Biarkan mendidih.

Masukkan daging yang dihiris nipis tadi.


Kacau. Didihkan ia sekali lagi.

Siap. oh. Encik suami makan bertambah. Saya juga.

huhu..i loiikee!


** jangan pilih nenas yang masam. Ia tidak sedap. sebab itu saya pilih nenas madu. Huhu.

silasukalesungbatudisini

Bread With Pumpkin Pudding

Semalam saya telah mencuba satu resepi try and error ikut gerak hati saya. dan ia menjadi kesedapan encik suami pula. HuHu. Saya sukakan cara try and error ini.

Baiklah. Saya kongsikan bersama anda pembaca diam saya.

.....


Bread With Pumpkin Pudding


Bahan-bahan

Labu – sebelah saja saya guna

Agar-agar – sedikit sahaja Cuma untuk mengeraskan

Telur – 1 biji

Tepung jagung – 1 sudu

Tepung Kastard – 1 sudu

Susu Cair

Jagung Cream – ala, jagung dalam tin yang dok buat apam balik tu

Gula Merah – air gula merah

Roti gardenia – 3 keping. Saya potong empat segi kecil

Gula

Garam


Cara membuatnya:

SATU.Labu di potong dadu.


Rebuskan labu. Masukkan satu sudu gula. Biarkan empuk tapi jangan sampai benyek. Kemudian ketepikan.


DUA. Potong roti menjadi empat segi kecil juga. Ketepikan.

TIGA.Rebuskan agar-agar dengan 1 cawan air. Sampai agar-agar larut.

EMPAT. Blendkan tepung jagung. Tepung kastad. Telur. Dan setengah susu cair. Blend sampai sebati. Masukkan dua sudu gula dan sedikit garam.

LIMA.Bila agar-agar sudah larut dan mendidih. Masukkan hasil tepung yang diblend tadi [langkah tiga]. kacau hingga mendidih. jangan tak kacau. tepung akan melekat.


ENAM.Masukkan roti.

Gaul. Sampai mendidih.

Okay. siap dah.

Masukkan labu. Atur di dalam bekas. Masukkan pudding roti sedikit demi sedikit. Atur selang seli dengan labu.

Diatas sekali. Letakkan cream jagung dan lebihan labu.


Tuangkan air gula merah. Ia sedap. Jika suka. tuang kan sedikit susu cair diatasnya. Bahan jangan manis sangat. Sebab air gula merah akan memaniskan anda. HAHA.

....

Masukkan dalam peti. Simpan sampai sejuk.

Dan. bila sudah mengeras. potong ia.


dan. curahkan dengan sedikit air gula merah.


satu bekas untuk buat berbuka.. yummi..


Dan satu bekas untuk di hantar kepada puan ibu mertua. ewah.

Iya. Puan ibu mertua saya sukakan pudding. Dan sukakan labu juga. Jadi saya gabungkan keduanya. DUA DALAM SATU.

silasukalesungbatudisini

Nasi Ayam Bakar Bermadu

Baik lah. Terus kepada objektif. Sebab puasa. Tidak larat. HAHAHA. Macam itu pun boleh lah ek.

Okay.

Nasi ayam. Nasik ayam adalah hidangan paling mudah setakat ini.

....



Nasi Ayam Bakar Bermadu







Bahan Sup – reneh sup macam biasa

Bawang Putih – 2 ulas- ditumbuk

Bawang Merah – 3 biji - ditumbuk

Buah Keras- 1 biji – ditumbuk

Lada Hitam – di tumbuk

Sup Bunjut atau kiub ayam

Bunga Lawang

Bunga Cengkih

Kulit Kayu Manis


Tumis.

Dan masukkan ayam [bahagian peha]. Rebus ayam terlebih dahulu bersama sup. Angkat ayam. Ketepikan.


Bahan Perap [ayam bermadu]

Halia – sebesar ibu jari atau lebih - dikisar

Bawang Besar - 1 biji - dikisar

Bawang Putih – 3 ulas - dikisar

Lengkuas – sebesar ibu jari - dikisar

Lada Hitam – kisar

Sos lada hitam – 3 sudu

Sos tiram -3 sudu

Kicap Manis – 3 sudu

Madu – 4 sudu

** ambil ayam yang direbus. Perap dalam bahan diatas selama 45 minit.


Kemudian bakar. Suhu 220 darjah celcius. Dalam masa 20 minit. Cukup. Cuma nak bagi garing. Ayam tadi sudah direbus. Ye dak?


Kemudian. Siap masak.


Kuah Sos Cili

Blend kan cili merah dengan satu ulas bawang putih. Masakkan atas api perlahan. Masukkan 4 sudu sos tomato. Sedikit garam dan gula. Siap.

Kuah Kicap

Blend kan cili padi bersama satu ulasbawang putih. Masukkan 2 sudu gula. Sendukkan 3 senduk sup. Gaulkan. Kemudian. Masukkan kicap. Siap. oh senangnya.

Nasi Ayam

Cuci beras seperti biasa.

Masukkan sup. Sukat macam kita nak masak nasik. Ikut beras banyak mana. Sup jangan pulak melebih-lebih. Kang nasik lembik. Sedikit hujung sudu jek kunyit. Kemudian masak nasik.[bezanya kalau kita masak nasik biasa letak air kosong ye dak? ] nak sedap lagi. masukkan satu sudu mentega. Sohih nasik jadi wangi.

Titik.


Dah siap. boleh hidang.




oh. sudah siap.



silasukalesungbatudisini

Nasi Goreng Kampung Lazat


Tengok pada tajuk yang poyo itu. ada perkataan lazat disitu. HAHAHA. Penyedap hati dan duka lara setelah penat kerja. maka haruslah memasak dan makan. Menggembirakan hati sendiri dan encik suami. Maka. jadi lah tajuk Nasi Goreng Kampung Lazat. HAHAHA. Gelak dulu.

Kelmarin dulu saya teringin nak makan nasik goreng kampung. Terasa macam zaman belajar dulu-dulu makan nasik goreng kampung bersama kawan-kawan serumah. Maka buka puasa hari itu saya masak nasik goreng kampung.

Jom memasak. Tapi saya rasa nasik ini tidak berapa jadi kampung sebab sudah saya sajikan bersama ayam goreng aroma kari. [sila klik]. HaHa. Ah. Apa sajalah.

.....



Nasi Goreng Kampung






Bahan-bahan

Cili Padi – 5 biji [ditumbuk]

Bawang Besar – 1 biji [ditumbuk]

Bawang Putih – 1 biji [ditumbuk]

Kicap manis – 1 sudu

Sos tiram – 1 sudu


** saya tambah hirisan halus bunga kantan dan hirisan kecil kacang panjang [ ikut suka hang la nak bubuh ke tidak]

Nasi putih yang masih panas – di gaul bersama garam [jangan banyak garam. Sekadar memasinkan nasik]

......

Ikan bilis – digoreng dan ketepikan

Telur – di goreng mata kerbau comel-comel dan ketepikan.

.....

Okay.

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kicap manis. masukkan nasik. Gaul sehingga mesra. Masukkan sayuran.

Bukan kah ia mudah? Menggoreng sahaja. Ye dak?

......

Kemudian. Saya sertakan bersama ayam goreng aroma kari. [sebab posa. Nafsu tamak lapaq nak makan nasik banyak lauk. Alih-alih tak habis makan pun. HAHA]

...

Okay. hidangkan bersama salad. Sebab salad itu macam ulam lah. pemangkin rasa sedap dan kena dengan nasik. Goreng keropok mai dari Terengganu. Kawan sekerja encik suami kirim. Saya tukang goreng saja. HuHu.

Siap. dihidangkan!


Ayuh. Ummpphhh~

silasukalesungbatudisini

Ikan Merah bakar Bersos


Ikan bakar. Bakar macamana pun sedap. Kalau dah nama bakar. Maka. memang ada sedap dihujung ayat. Ye dak? [ia bukan lah satu cerita tentang seseorang yang bernama abu bakar] HAHA.

Saya sajikan kepada anda. Pembaca diam saya. ikan merah bakar bersos.

....


Ikan Merah Bakar Bersos




Bahan-bahan

Ikan merah – ambil 2 keping. Bersihkan dah lumur garam dan asam jawa. Ketepikan.

Bawang besar- 1 biji [ditumbuk]

Bawang putih – 1 biji [ditumbuk]

Halia – sebesar ibu jari [ditumbuk]

Lada hitam – 1 sudu [ditumbuk]

Sos lada hitam- 1 sudu

Sos tiram – 1 sudu

Kicap manis – 1 sudu



** gaul kesemuanya.

Dan perap ikan selama 45 minit.

.....

Bakar ikan.

Suhu antara 230 darjah celcius dalam masa 15 minit.

Kemudian.

Dah siap pun. ia mudah. Untuk menu petang diet anda.

Ewah. Diet lah sangat.

silasukalesungbatudisini

Siakap Stim

Ikan siakap. Sedap. Isi dia manis. dan lembut. Dan saya gemarkan ia.

Petang ini saya masak siakap stim. Saya kukus ia sebab saya teringat dengan kawan serumah saya semasa kami mengajar di Langkawi semasa masih bujang terang tang tang. Zaman anak dara.

Dia masakkan saya siakap stim.

Dia teman serumah sewa saya yang baik hati. Suatu hari dulu, masa awal-awal posting sebagai guru, kami sama-sama pergi pasar jalan kaki sebab pasar dekat sahaja dengan rumah.

Bila kadang-kadang teringin mahu makan apakah. Maka dua-dua kami mula pergi pasar cari bahan. Selalunya hari minggu. Mulalah memasak dari pagi hingga ke petang. Masak. Banyak tak sangga-sangga dan lepas itu sebab perut kami dua kecik saja. Makanan mula lah di hantar dengan rumah jiran depan rumah. HAHA.

.....


Siakap Stim





Bahan-bahan

Ikan siakap – disiangkan dan di lumur dengan garam dan asam jawa. [supaya hilang hanyir]

Karot – dipotong panjang

Bawang besar – dipotong bulat

Serai – di belah dua

Daun Limau Purut – di carikkan

Cili Padi – di potong kecil

Tomato – dipotong dadu

Jagung – sebab saya suka jagung HAHAHHA. Ini tak letak pun tidak apa.

Letakkan sedikit garam.


.......

Okay. tidak perlu letak air di situ.

......

Letakkan ikan di tempat mengukus.


Panaskan air rebusan sehingga mendidih. Masukkan ikan. Kukus selama 15 minit. Ia mudah sahaja.

Bila sudah masak.


Perah sedikit asam limau disitu. Agar isi ikan tidak terasa muak. Ada rasa masam-masam disitu dan aroma daun limau purut yang terbit. Ia membangkitkan selera.

silasukalesungbatudisini

Cencaru Goreng Sambal

Uiks. Ikan cencaru selain dibakar dan dibakar dan dibakar dan dibakar. HAHAHA. Berapa banyak dibakar daaa~

Iya. Ikan cencaru sesuainya dibakar dan disumbatkan dengan sambal atau apakah. Ia memang sesuai.

Dan cencaru juga sesuai dibuat sambal.

Maka. setelah saya penat membakar dan membakar dan membakar membuat cencaru bakar. Maka. kali ini saya buat sambal pulak.

Saya rasa. Itu sahaja yang sesuai. HoHo.

.....


Cencaru Goreng Sambal




Bahan-bahan

Ikan Cencaru – siang dan cuci hingga bersih. Lumurkan garam dan kunyit.

[pada saya walaupun tidak dibakar. Saya tetap siang ikan cencaru belah dari belakang. Sebab ia menipiskan isi cencaru bila di goreng. Menjadikan ia mudah masak. Ye dak?]

Cili kering – 8 tangkai cili kering di rendam air panas

Bawang besar – 1 biji

Bawang putih – 2 ulas

*** sila blend.

Sos Tiram- 2 sudu

Sos Tomato- 2 sudu

Dan 1 lagi Bawang Besar – dipotong bulat

.....

Goreng ikan cencaru sehingga garing. Dan ketepikan.

.....

Tumis kan bahan yang dikisar bersama sos tiram dan tomato. Sehingga mendidih dan masak. Jangan tak masak pulak. Kang jadi tak sodap. Omak marah. HAHAHA. Saja pekena loghat negeri Sembilan kek sini. HuHu.

Okay. kembali kepangkal jalan.

Pastikan cili masak. Kalau tidak masak akan ada rasa pahit disitu.

Setelah cili masak. Masukkan sedikit asam jawa. Garam dan gula. Sedapkan kuah sambal terlebih dahulu.

Bila kuah sudah sedap.masukkan ikan cencaru yang di goreng. Gaul dan ia sehingga kuah terasa isi ikan.

Bila sudah rasa macam ada umphhhhh! Siaplah.

silasukalesungbatudisini

Ikan Merah Masak Asam


Ia pasal isi ikan merah yang sedap. Ikan merah sesuai untuk apa sahaja. Mahu bikin sup ikan merah? Mahu bikin kari ikan merah? Atau asam pedas ikan merah. Semuanya kena dan memang akan sentiasa kena dengan isi ikan merah yang lembut dan ada ummppphhh disitu.

Okay. saya persembahkan masak ikan merah gaya saya dan menjadi kegemaran encik suami.

Seperti biasa. Ia adalah sesuatu yang ringkas dan senang. Cuma try and error. Dan asas yang sama sahaja.

Sedia maklum untuk kita-kita yang bukan reti memasak sangat gaya emak-emak dan tok-tok atau gaya opah-opah diluar sana yang memang berpengalaman banyak. ye dak?

Okay.

.....

Ikan Merah Masak Asam



Bahan-Bahan

Bawang Besar – 1 biji - ditumbuk

Bawang Putih – 2 ulas- ditumbuk

Lada Hitam – setengah sudu ditumbuk

Cili Padi – 4 biji diketuk

Tomato – 1 biji dibelah empat

Sos Tiram – 2 sudu

Air asam jawa – 1 mangkuk kecil

Garam dan gula

.....

Ikan merah di cuci bersih dan lumurkan dengan garam dan kunyit.


Goreng kan ia. Dan ketepikan.

.....

Okay. sekarang kita buat kuah.

Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan sos tiram. dan air asam jawa. Masukkan cili padi. Potong bawang besar secara bulat. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula. Pekat kan kuah semahu anda. Yang penting sedapka kuah dulu ye dak?

Bila kuah sudah masak. Masukkan ikan yang digoreng.

Gaul. Biar rasa ikan meresap dalam kuah.

Kemudian. Masukkan tomato.

Kemudian siap.


HuHu. Bukan payah sangat. Ye dak?

silasukalesungbatudisini

Sup Bebola Berjagung


Terasa lama tidak meng update masakan. Sebab saya sebok tidak menahan tidak cukup kaki dan tangan serta siku mahu buat kerja di sekolah. Minggu sudah saya sebok dengan Bulan Patriotisme kemerdekaan. Huhu. Tugas sebagai ketua panitia buat saya bukan dalam dunia saya.

Terasa banyak kerja semua perlu dikejar. Mengajar. Menanda buku yang beratus buah satu minggu milik pelajar saya. Dengan sikap pelajar kadang buat hati dan rasa jadi penat. Urus hal ketua fail itu fail ini oh sungguh banyak tidak menahan. Menjadi guru kelas pulak kelas belakang terasa mahu naik uban cepat menahan sabar karenah budak-budak banyak akal.

Titik. Terasa makin banyak beleter.

Kembali ke pangkal jalan.

Mahu berkongsi resepi. Bebola ikan dan jagung adalah kegemaran. Dan sup adalah kegemaran utama siapa tidak boleh larang. Saya suka sup. Suka secara banyak.

.....


Sup Bebola Berjagung

Bahan-bahan

Jagung - satu batang di potong empat

Bebola Ikan Segar – 25 biji [ ikut suka anda mahu berapakah]

Tomato – satu biji belah empat

Daun saderi atau daun bawang

Bawang besar – 1 biji

Kiub ayam

Garam


**boleh juga jika ada taugeh.

.....

Cara memasak.

Cincang daun sup dan bawang besar. Rebus bersama dua kiub ayam. Biarkan mendidih. Masukkan bebola ikan.

Bila sudah mendidih. Tutup api.

Masukkan tomato dan jagung.

Lihat rajah. HuHu. Saya sukakan jagung itu. phew~


** jagung jangan masukkan awal-awal masa memasak. Sebab nanti hilang manisnya. Jadi letak masak akhir. Bila sudah tutup api. Sup yang mendidih mampu melembutkan jagung. Dan. boleh memasukkan taugeh juga jika suka. Okay?

Siap.

silasukalesungbatudisini

Ayam Bakar Berempah

Petang ini saya menyajikan ayam bakar berempah sebagai menu berbuka. Mudah sahaja jika ada ketuhar. Tidak payah berkipas-kipas gaya muka penuh arang. HiHi.

Maka. mari kita lihat resepi.

.....


Ayam Bakar Berempah






Bahan-Bahan [perap]

Halia – sebesar ibu jari

Bawang Putih- 2 ulas

Bawang Besar – 1 biji

Jintan Manis

Lada Hitam – 1 sudu

Sos Lada Hitam- 2 sudu

Sos Tiram – 2 sudu

Kicap Manis-1 sudu

Sos Cili- 2 sudu

Rempah kari – 3 sudu

Madu – 2 sudu

** bahan ini dikisar dan digaulkan bersama ayam. Perap selama 45 minit.


...

Kemudian bakar. Suhu antara 200 hingga 220darjah celcius dalam masa 30 minit. Baru garing molek. Ye dak?


....

Kuah Ayam Bakar

Hasil lebihan perap tadi jangan di buang.

Tumis bahan perap setelah anda menggunakannnya. Masukkan 3 sudu cili kering yang dikisar. Masak hingga mendidih dan naik bau. Masukkan 3 sudu pati santan pekat. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan sedikit gula dan garam. Siap.


Sup ringkas bebola ikan

Cincang bawang dan daun sup.

Rebus bersama satu kiub ayam

Masukkan bebola ikan.

Hidangkan bersama nasi putih dan sup ringkas bebola ikan. Dan. keropok ikan mai dari terengganu. HAHA.

encik suami awal-awal lagi sudah mahu nasi tambah....pheww~

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net