Mashed Potato Yummy

Salamun alaik.

Hai. Saya menaip entri ini laju-laju. Saya sedang seronok. Sebab cubaan saya menjadi. Oh. Seronok. Semalam terketar-ketar saya pergi beli skop yang dok cedok ais krim tu. Terketar-ketar sebab tidak sabar. HoHo. Sebab semata-mata nak buat resepi ini. HAHA.

Okay. persembahkan kepada anda semua pembaca diam saya. tadaa~

....


Mashed Potato Yummy!


Okay. mari tengok bahan.

Bahan-bahan I [ sila rebus]

Kiub ayam – 2 kiub

Bawang besar – cincang

Daun saderi – cincang

Air

Bahan-bahan III

Sos Tiram – 2 sudu

Sos Lada Hitam – 2 sudu

Sos Cili – 1 sudu

Mentega

Tepung jagung

Bahan-bahan III

Kentang – 7 biji

Potong dadu dan rebus dan toskan

Susu segar – setengah cawan

Lada Hitam – 1 sudu kecil


....

Okay. sekarang kita buatkan kuah Mashed Potato dulu.

Rebuskan dua kiub ayam bersama bawang dan daun saderi yang dicincang. Biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam.

Kemudian. Apabila masak. Anda tapis. Asingkan kuah dengan bawang dan saderi cincang tadi. Okay?

Tangok gambarajah lah senang. Ye dak?


Kemudian.

Panaskan mentega. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, dan sos cili. Masukkan kuah yang direbus tadi. Kacau. Kemudian. Masukkan lada hitam.

Kemudian. Masukan air tepung jagung supaya kuah jadi pekat sedikit. Jangan banyak sangat okay. tidak sedap.

Okay. kuah sudah masak.

Kemudian.

Lihat kentang. Lenyekkan dia atau guna mixer untuk haluskan dia. Campurkan susu segar dan lada hitam sesudu.

Siap. tengok ni. Tengok ni.

Kemudian. Sudah boleh guna ini. nampak tidak skop ais krim ni. Hoho. Sungguh syok bila mashed potato saya jadi bulat-bulat. Terasa mahu melompat!


Skopkan mashed potato. Hidangkan. Oh. Seronok. Menu makan malam saya malam ini adalah chicken chop.

Dan saya bikinkan mashed potato secara seronok.


uhui. Saya postkan cerita mashed potato dahulu. Kemudian entri baru pasal chicken chop okay?




ia seperti latihan dalam perkhidmatan bagi menu berbuka untuk menyambut ramadhan. HaHa.
silasukalesungbatudisini

Nasi Goreng Kerabu Jagung Dengan Ayam Bermadu

Hui. Tajuk tidak menahan panjangnya. Biasalah. Resepi try and error memang bikin suka hati saja.

Sebenarnya tidaklah payah mencipta satu suasana yang seronok ketika makan. Jika menginginkan suasana macam di restoran atau warung apakah. Boleh saja mencuba sendiri.

satu saja pada saya. memasak sendiri pasti diserta dengan doa kaseh sayang keluarga. air tangan sendiri ye dak? kemudian, kadar kebersihan kita sendiri tahu. kalau di kedai. wallauhua'lam....

Hari ini saya teringatkan sesuatu. Pinggan daun pisang yang selalu di warung guna. Saya pasti semua orang biasa tengok.

Maka. saya lepas balik sekolah terus menderu kereta ke pasaraya mencari pinggan macam daun pisang.

Saya mahu bikin sesuatu. Buat kejutan untuk encik suami pulang keroje. Dan suprise itu menjadi. HAHA.

Kenangan zaman kita kita belajar. makan dikedai pinggan gaya cenggini.

Maka. saya persembahkan ini. sebagai makan malam saya hari ini.

.....


Nasi Goreng Kerabu Jagung Ayam Bermadu



Bahan-bahan [perap]

Ayam – belah enam. Saya ambil bahagian peha

Bawang besar [kisar]

Bawang putih [kisar]

Halia –sebesar ibu jari [dikisar]

Sos lada hitam

Sos tiram

Kicap manis

Madu – 3 sudu

Lada hitam [ dikisar]

Perap ayam bersama bahan kisar selama 45 minit. Kalau satu hari lagi bagus.

Setelah perap. Bakar ayam dalam suhu 200 sehingga 230 darjah celcius dalam masa 50 minit dan menggunakan api atas bawah.

Okay. tengok ini.


.........

Kemudian.

Sementara tunggu ayam anda masak. Mari sediakan ini.

Bahan-bahan [kerabu]

Bunga kantan [ dihiris nipis]

Pegaga [ dihiris halus]

Jagung [ dihiris halus]

Daun Limau Purut [ dihiris halus]

Bawang merah dan bawang putih- [dihiris nipis]

Lihat bahan yang sudah sedia dihiris.

........

Gunakan perencah nasi goreng macam biasa. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian. Masukkan bahan ulaman yang dihiris. Kemudian masukkan nasi. Gaul sehingga sekata. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Goreng nasi sehingga mesra semuanya dan rasa yang sedap lah kan? Ye dak?

Nasik dah siap di goreng dah ni hah.

.....

Kemudian.

Ayam bermadu yang dibakar sudah masak.


Angkat. Dan macam tak sabar mahu baham. HuHu.

gulp...gulp....memang tak menahan..

......

Dan siap dihidangkan bersama nasik goreng anda.

Potong timun dan tomato. Letakkan daun salad. Sebab daun salad adalah pemangkin rasa yang gumbira. dan goreng ikan bilis. Ye dak?

Hey. Hey. Selamat mencuba. Buat lah gaya bagus di kediaman anda semasa makan. Cipta suasana seperti di restoran yang anda mahukan. Ia seronok. tahu?

silasukalesungbatudisini

Daging Singgang Aroma Kesum

Ramadhan bakal menjelang. Seronok kan. Semoga kita mampu beribadat puasa dengan sempurna. Ye dak?

.....

Semasa saya sedang tidak ada mood mahu amsak apakah. Sedang saya menggodek-godek peti sejuk. Apa sahaja bahan menjadi tidak kena. Sebab nak setting mood memasak masa tidak ada mood memang tak menahan. Macam kita pujuk anak-anak dengan apa cara. Semua kadang-kadang tidak kena dengan dia. Ye dak?

....

Maka. saya memasak daging singgang. dengan memasukkan daun kesum dan tomato.
...


Daging Singgang Aroma Kesum



Bahan-bahan Singgang

Daging – di bersihkan dan dicuci dengan baik.

Rebus daging dengan bahan-bahan dibawah.

Daun kesum

Halia – sati inci

Serai

Tomato – 1 biji

Kiub ayam – knor atau maggi

Lada hitam - di tumbuk

Garam


....

Rebus semua bahan. Sehingga masak. Daging menjadi empuk. Dan asingkan daging.


Hiris daging.

Hidangkan bersama air asam.

Ia sedap.

Memecah selera.

Resepi ini mudah. Sangat mudah. Selamat mencuba.

silasukalesungbatudisini

Tilapia Black Pepper Asam

Salamun alaik.

Hari itu saya memasak sweet sour tilapia. Dan ikan itu masih berbaki. Maka. saya ubah resepi. Dengan menu try and error juga. Ia seronok mencuba-cuba.

Okay. mari kita cuba.

.....


Tilapia Black Pepper Asam


Okay. ikan tilapia di siangkan, dicuci bersih. Dan lumurkan garam dan kunyit.

Kemudian goreng. Ketepikan.

.....

Bahan-bahan [ditumbuk]

Bawang besar – 1 biji

Bawang putih – 2 ulas

Bawang merah – 1 biji

Cili padi – di ketuk

Lada hitam

Sos tiram

Sos lada Hitam

Air Asam Jawa


dan. ia sudah ditumbuk menjadi begini.


.....

Setelah semua bahan ditumbuk.

Tumis bahan diatas. Sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa. Masukkan sostiram dan sos lada hitam. Garam. Dan gula. Buat sos ini bagi sedap dulu.
okay. sos sudah siap oh. lalala.


Kemudian tuang sos diatas ikan.

Siap.

Mudah.

Ringkas.

Yang penting sedap.


sementara ia masih panas. memang memecah selera.

silasukalesungbatudisini

Tilapia Merah Sweet Sour

Petang semalam saya memasak tilapia merah sweet sour. Isi ikan tilapia merah lebih bagus dripada tilapia hitam. Tapi tilapia tidak lah boleh berlawan dengan isi siakap. Siakap lebih sedap dan manis.

Baik lah. sebab membeli ikan tilapia merah maka kita jangan cerita ikan siakap. HuHu.

....


Tilapia Merah Sweet Sour



2 ekor ikan tilapia –siangkan. Cuci dengan bersih. Lumurkan dengan garam dan kunyit.


Bahan-bahan Kisar [Untuk sos sweet sour]

6 tangkai cili kering direndam dengan air panas

Bawang besar – 1 biji

Bawang putih – 2 ulas

Tomato- 2 biji [di potong dadu]


Diperlukan : sos cili dan sos tiram, gula dan garam.

.....

Ikan tilapia yang di lumur garam dan kunyit tadi di goreng dan diketepikan.


Kemudian.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Dan mendidih tanda cili sudah masak. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masukkan juga garam dan gula sedikit rasa. Masak sehingga mendidih.


** jika anda suka boleh memasukkan vegetable mix atau nenas yang dipotong dadu kecil. Atau boleh juga potong nipis dan halus daun limau purut. Taburkan.

Ia mudah.

Kemudian.

Tuangkan sos sweet sour di atas ikan.

Siap dihidangkan.


Blurrppp! Alhamdulillah.

Garam jangan letak banyak sangat dalam sos sweet sour semasa memasak jika anda sudah lumur ikan dengan banyak garam. Itu bikin hati marah sebab menajdi masin semuanya. Spoil mood oh!

silasukalesungbatudisini

Sotong Sumbat Bakar Berempah


Menu tengahari hari ini adalah sotong bakar berempah. Saya suka dengan sotong segar yang dibakar. Ia masih ada manis disitu. Sedap.

Sebenarnya ini pun resepi try and error saya. Main hentam buat ikut gerak hati sahaja. Tapi ia sedap dan mengundang selera terbuka secara lebar. Ewah.

......


Sotong Sumbat Bakar Berempah


Bahan-bahan [perap]

6 ekor sotong – di cuci dengan bersih. Saya suka buangkan kesemua warna di badang sotong. Nampak putih melepak itu bikin hati saya senang.

Rempah kari daging- satu sudu

Sos tiram-1 sudu

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Kunyit


Lihat gambarajah di bawah. Gaulkan semuanya. Perap sekejap selama 15minit.


.......

Bahan-bahan [sumbat]

Bawang besar – dipotong nipis

Daun limau purut – dihiris nipis

Cili padi – dihiris nipis

Rempah kari – satu sudu

Cili kering yang dikisar – satu sudu
ini bahan sumbat

Okay? gaulkan bahan sumbat ini seperti ini.


alar. senang saja hoh.

......

Sumbat sotong dengan bahan-bahan diatas. Lihat ini.


Kemudian.

Bakar sotong.

Kemudian.

Sotong pun dah masak.

Kemudian.

Hidangkan.

Bersama sambal cicah. Hiris bawang. Hiris tomato. Tumbuk cilipadi bersama garam dan belacan dan sedikit asam jawa. Gaulkan. Bersama sedikit gula dan garam. Siap.

Hoho~ ianya memecah selera.

silasukalesungbatudisini

Laksa Utara


Bila duduk di Johor Bahru mengikut encik suami dan bekerja disini. Bila saya sedang teringin dan kempunan lagi mahu makan laksa. Haruslah menamai laksa itu dengan ini: "saya teringin mahu makan laksa utara".

Perkataan utara itu kena highlight. Sebab sekarang kalau cakap teringin mahu makan laksa akan di sangka mahukan laska Johor pulak.

Masa di negeri saya tidak apa. Sebut saja mahu makan laksa. Otak masing-masing menangkap terus kepada laksa utara. Sebab memang dok sana. Haha.

Okay lah. Petang tadi saya masak laksa utara. Laksa penang ka atau apakah. Sama saja dengan laksa utara sebab penang, perlis dan kedah adalah negeri utara.

Sebab tidak ddapat sabar menunggu sabtu yang cerah. Terus saya buat laksa utara ini lepas balik saja dari sekolah tengahari tadi.

......


Laksa Utara



Bahan utama

Laksa – dibasuhkan dan direbus.

Bilas. Dan ketepikan.

....

Bahan-bahan [kuah] -

Cili kering – 8 tangkai di rendam air panas [dikisar]

Bawang merah- 5 ulas [dikisar]

Cili padi – 2 biji [dikisar]

Ikan [ikut suka awak mahu ikan apakah. Kembong kah. parang kah. atau ikan sardine kah] – direbus

Bunga kantan – 2 batang di belah dua

Daun kesum – di ambil daun dan pucuk

Asam keping

Garam

.......

Bahan-bahan [sayuran]

Timun- dihiris halus

Daun selom- dihiris halus

Kobis- di hiris halus

Cili padi – di potong nipis

Bawang besar – di potong nipis-nipis

Limau nipis – di belah empat

Telur – 2 biji direbus

Tengok ini.


......

Untuk kuah.

Isi ikan yang sudah direbus di asingkan daripada tulang. Dan di tumbuk pun okay. di kisar pun okay. lihat isi ikan ini.

air rebusan ikan jangan dibuang. Ia berguna okay.

Tulang ikan sila blend. Kemudian tapis tulang. Dan ambil airnya. Ketepikan.

.....

Masukkan bahan kisar dalam periuk. Biarkan mendidih. Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Masukkan air. Jangan terlalu cair. Masukkan garam dan asam keping.

Kadar masin dan kadar masam adalah ikut selera tuan-tuan dan puan-puan ye. asam keping mungkin dalam dua hingga tiga keping.

Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah di belah dua. Tunggu hingga mendidih dan masak.

Okay. tengok kuah.


Sudah mendidih.

.......

Sekarang boleh dihidangkan. Okay. ha. Tadaa~


Dan ini.


saya sudah siap godak mahu makan secara tidak sabar. HAHA. Sodap!

Ingat. Laksa memang bergantung pada kesedapan kuah. Kalau kuah anda sedap. Maka sedaplah laksa. HuHU.


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net