Saya sukakan asam pedas. Tidak kira asam pedas utara atau selatan. Tapi. sebab saya orang utara. Maka. kadar suka lebih kepada asam pedas utara.
Okay. persembahkan kepada pembaca diam saya tentang asam pedas utara. Sebab sudah lama saya diam biarkan blog masakan saya tidak berasap. HAHA.
....
Ikan kembung pun okay. saya guna ikan merah. Saja pi beli.
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping
Cili kering – kisar bersama bawang besar
Kunyit hidup - kisar
Cili padi – di ketuk
Tomato – belah empat
.....
Mudah sangat mahu buat. Rebus ikan bersama semua bahan. Air jangan banyak. elok-elok paras ikan. Kecuali tomato. Letak masa akhir sekali. Boleh juga jika anda mahu letak timun yang dibelah-belah.
Masukkan garam. Rasa kadar masin dan masam kuah. Jika suka. Perah sikit asam limau. Siap.
Makan bersama nasik panas. Sediakan ulam. Dan ikan pekasam yang encik ayah kirim. Woah~