Bebola Bergedil Kentucky



Salamun alaik untuk khamis yang sudah petang. Semalam saya masak soto. Dan pastinya ada begedil. Kebetulan kawan nak datang beraya diruma. Maka. saya masak lebih.

Sebenarnya. Saya belajar buat begedil dengan kawan universiti saya. Dia orang Melaka dan gemarkan sup seperti saya juga. Pernah kami kena berniaga pada hari keusahawanan. Dialah yang menjadi Kepala Ketua masak soto. HAHA. Kami kena berniaga sebagai tugasan subjek keusahawanan masa itu.

Dia buat begedil dan saya tengok. Kadang-kadang petang-petang kami sama-sama turun dapur buat begedil saja-saja buat kudap-kudap minum petang.

Maka. saya persembahkan begedil cara saya. Saya telah edit cara buat begedil ikut suka hati saya. maklumlah saya sukakan sesuatu ikut gerak hati. Janji sedap. Ye dak?

.....

Bebola Begedil Kentucky



Bahan-Bahan

Daging Kisar [ saya guna ramlee]

Kentang

Bawang Besar – 1 biji

Cili Merah – 2 biji [sila buang biji]

Daun Saderi atau Daun Bawang

ini saja bahan-bahan untuk buat begedil kita.

...

Kupas Kentang. Hiris kentang nipis.

Goreng Kentang. Ketepikan. Dan Lenyek dia. Ada orang suka rebuskan kentang. Saya rasa saya suka goreng. Ia tidak terlalu benyek dan banyak air terperangkap dalam kentang.

....

Bawang besar. Sila potong dadu secara halus. Cili Merah. Sila buang bijinya.

Dan potong dadu secara halus juga.

....

Tumis bawang dan cili merah. Masukkan daging kisar. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Bila masak. Kaup. Toskan agar minyak tidak ada secara banyak.

....

Masukkan bersama kentang yang dilenyek. Potong daun bawang atau saderi halus-halus.

Kemudian. Gaulkan kesemuanya.

....

Bentukkan dia. Saya suka ia bulat. Sebab saya mahu buat dalam bentuk bebola. Okay. lihat gambarajah dibawah.

...

Kemudian.

Pukul telur.
Ambil tepung Kentucky untuk kita gaul.

Kemudian.

Masukkan bebola bergedil dalam telur dadar.

Golekkan bersama tepung.

Tengok ni.


kemudian. tengok ni. sudah habis di salut tepung kentucky!

Ha. Ini lah cara paling berkesan agar tidak mahu bergedil anda pecah semasa digoreng. Tahu?

...

Kemudian.

Goreng dengan api perlahan.

Okay. siap dah.

Bebola bergedil Kentucky yang sedap dan rangup diluar.

Ia jugak sebagai umpan untuk kanak-kanak yang tidak gemarkan kentang. Ia adalah penyamaran tahu?

Kentang dan daging menyamar menjadi bebola Kentucky! Ia hebat! KAHKAHKAHKAH.

Syok juga saya mereka kesemua ini.


Dan. Bergedil ini saya sajikan bersama soto.



tadaa~ so slurpp!
silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net