Paprik Daging

Masak paprik sekali sekala memang okay. Tapi kalau masak selalu-selalu memang tidak okay. Sebab akan bikin muak. Dan rasa tidak mahu makan lagi.

Tapi. kalau kena cara memang syok. Kena lah pasangkan dia dengan nasik panas-panas dan ada pulak telur dadar.

Masak paprik bila teringin nak makan. Okay lah. mari kita berkongsi.

.......

Paprik Daging

Bahan-bahan A:

Daging [potong ikut kesesuaian dan jangan main potong jek. Ikut ira daging dengan baik. Kelak tidak liat sangat]

Boleh juga jika anda mahu menggunakan ayam. Dipotong secara kecil kecilan. Ia mudah.


Bahan B [tumbuk lah lagi bagus]

Bawang merah

Bawang putih

Bawang besar

Serai diketuk

Cili padi diketuk


Bahan C [sayur]

  1. Kacang panjang [dipotong]
  2. Karot [potong bulat @ panjang] up to you lah.
  3. Bunga kobis
  4. Bawang besar [potong bulat]
  5. Jagung muda

    [saya lupa nama jagung muda apakah lagi kalau-kalau ada nama lain, lalu saya tanya cikgu meja belakang, dia kata orang Kelantan panggil namanya "ketiak jagung"] SAYA KETAWA BERDEKAH-DEKAH. HAHHAHHA.


  6. Tomato belah empat.
  7. Daun limau purut. [koyak daun limau purut untuk dapat hasil yang syok. Bau yang wangi]
  8. Sedikit garam dan gula

Okay? siap bahan

........................

Mari kita lakukannya:

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan air, sos tiram dan sedikit kicap manis. Masukkan serai dan cili padi yang telah diketuk. Agak-agak mendidih.

Masukkan pula daging yang dipotong tadi. [jika daging batang pinang memang tak payah cakap banyak. memang lembut] tapi, kalau daging lain kena lama sikit lah masak. Masak sampai daging empuk dan tambah air jika nampak masakan macam mahu kering.

Lazimnya. [ish awat haku guna ayat skema sangat nih?]

Okay lah.

Selalunya daging akan mengeluarkan airnya yang tersendiri. Jadi. Biarkan ia keluar. Masak sampai daging sampai masak. Masukkan sedikit garam dan gula serasa yang baik mungkin.

Kemudian.

Masukkan semua sayur termasuk daun limau purut. Kecuali tomato dan bawang besar yang dipotong bulat. Jangan dulu. Ia sungguh mudah lecur. Masukkan kemudian.

Okay. jangan lama sangat. Sayur kalau layu sangat tidak sedap. Jadi biar rapuh sayur masih ada. Ia sehat.

Kemudian masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong bulat tadi.

Siap. angkat. Hidang.

Paprik Daging lazat bersama nasi panas tak menahan. Ha kau?



silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net