Menu minum petang saya sajikan jemput-jemput jagung.
Jemput-jemput jagung adalah kegemaran saya. Nak buat jemput-jemput jagung bukannya payah sangat pun.
Apa yang awak-awak kena ada mestilah tepung dan jagung ye dak?
HaHa. Jemput jagung ini saya buat dengan penuh disiplin sebab saya sukakan jemput jagung yang tidak selebet. Ish. Maksud apakah ini. tak faham tak apa. Mari kita lihat cara buat.
.......
Resepi:
Jemput Jagung Comel.
Bahan:
Cuba lihat gambar ini. Apa yang kena ada Cuma ini:
- Tepung gandum [bergantung pada anda nak buat banyak atau tidak. Tengok ahli yang nak makan lah ye dak?
- Jagung [di hiris halus dari sebatang jagung]
- Ikan bilis [di tumbuk] guna lesung batu kat atas tuh. HAHAH
- Bawang [nak hiris pun okay. nak tumbuk sama ikan bilis pun tak ada hal]
Then...gaulkan semuanya. Saya guna air panas kesemuanya. Jangan banyak-banyak dulu pi bubuh air. Agak-agak agar tidak cair melampau. Agak-agak boleh gentel.
Masukkan sedikit garam dan gula.
Then...gentel jadikan macam ini lah. bulat-bulat dan tidak selebet. ia comel dan bergaya disiplin. HiHi.