Jagung Bakar Berkrim Mayonis

Jagung empat tongkol lama dah dok bertapa dalam peti sejuk saya. maka. elok lah dikurangkan kepada dua tongkol. Kalau tidak rasa macam tidak berguna pulak si jagung itu.

Maka. petang ini saya bakar jagung dua tongkol. Satu untuk saya. satu untuk encik suami. Macam biasa. Resepi suka hati saya. janji sedap.

.....


Jagung Bakar Berkrim Mayonis




Bahan-bahan.

2 tongkol jagung – pastikan ia jenis jagung yang ada rasa manis

Marjerin – untuk sapuan pada jagung semasa dibakar

Mayonis – 3 sudu

Susu pekat manis

Garam- secubit rasa.

......

Lumurkan garam pada jagung. Dan sapukan mentega


Dan Sila Bakar.



Dan sila bakar lagi sampai macam ini.



Dalam masa yang sama. Sapukan marjerin pada jagung. Balik-balikkan dia okay.

Nah! sudah masak. sapukan mayonis pada jagung. dan tuangkan sedikit susu pekat manis. sikit saja. jangan nak ngada-ngada banyak. kang manis sangat. tak sedap.


selamat mencuba puan-puan. sodap!
silasukalesungbatudisini

Kueteow Sup

Berapa kali mahu cakap. Saya suka sup. jadi. sup tak boleh pergi jauh. sentiasa dengan saya.


Okay. mempersembahkan kueteow sup.

...

Kueteow Sup.


Nah semangkuk!




Dan.


Semangkuk lagi.



siap godak. Ada sudu. Tanda memang dah nak makan.


Tak mau tulis dah cara buat sup.

Tak mau tulis dah cara buat sambal kicap.

Sebab dah pernah tulis.

...

Cuma nak suruh senaman mata. Tengok makanan. HAHA.

Babai.

silasukalesungbatudisini

Kek Batik


Kek batik. Paling mudah dan senang tak tau nak cakaqp lagi dah. Semudah A. B. Dan C. Siapa tak tau buat elok pergi buang diri di pulau tak ada orang. tanda hukuman sebab tak tau buat kek batik yang senang sangat ini.

Okay.

Baiklah. Mari tengok apa yang senang sangat tu.

.....

Kek Batik



Bahan-bahan


Biskut Meri

Susu pekat manis – ½ cawan

Butter - 1 cawan

Coklat masakan - 1 bar atau awak guna serbuk coco pun okay jugak.

Telur – 1 biji

.......

Biskut meri sila pecahkan kepasa empat.


Panaskan api. Cairkan butter. Masukkan susu. Masukkan telur. Kacau cepat-cepat okay. kang telur jadi beku pulak. Naiya.

Kemudian. Kacau ia sehingga semuanya menjadi cair. Coklat masakan lah.

......

Masukkan biskut meri. Gaulkan ia.


Okay. sudah.

kaup dia....


Masukkan dalam bekas. macam ini.


okay. mari mampatkan dia.

Mampatkan ia.

Lagi. mampatkan dia.


Mampatkan dia. Huih.

....

Simpan dalam peti. Keraskan ia.

Okay.

Boleh potong dah. Tengok ni.

okay. boleh makan dah! yummi!


Urm. Jangan terlebih susu pekat. Kelak jadi manis sungguh. Memang tak menahan nanti.

Agak-agak. Baru sedap.

silasukalesungbatudisini

Vanilla Honey Dew


Awak sukakan vanilla icecream? Apa? Tidak suka?

Tapi. saya suka.

Saya suka dia secara banyak banyak banyak tak boleh kawal. Tahu?

Jadi. Sedaya upaya bila dekat mana pun ada ais krim yang ada nama vanilla. Saya rasa tak boleh tinggal. HAHA.

Mari. Saya tunjukkan sesuatu yang mudah.

.....


Vanilla Honey Dew





Bahan-bahan:

Susu cair

Ais Krim Vanilla

Lemon Sunquick – 3 sudu

Coklat- cairkan

Honey Dew – potong dadu

Grape – kalo sukalah. Okay?

......

Potong tembikai susu secara dadu. Gaulkan dia dengan susu cair. Skopkan tiga skop ais krim vanilla. Lemon Sunquick yang tiga sudu tadi awak curahkan atas ais krim dan honey dew. Taburkan grape.

Dan. Jika suka tuangkan coklat masakan diatasnya. Jika sukalah.

Dan. Boleh menikmati. Saya reka saja. HAHAHA.


Janji sodap!

silasukalesungbatudisini

Ayam Goreng Sossy

Petang semalam. Tekak mahu makan ayam goreng panas-panas. Memang teringin sangat nak makan ayam goreng yang panas-panas. Mahukan ia mudah. Cuma sapukan ayam dengan garam dan kunyit sahaja.

Kemudian goreng.

Kemudian.

Hiris dia. Keluar asap dan aroma ayam goreng yang panas.

Dan mahukan ada sos masam dan manis diatasnya.

Tuang atas isi ayam.

Lalu makan.

Itu sahaja nafsu makan semalam. Mahukan yang itu..

Lalu saya namakan resepi try and error saya ini sebagai: Ayam Goreng Sossy!. Akahkahkahkah. Tak apalah.

....


Ayam Goreng Sossy

a


Bahan-bahan.

Ayam –saya ambil bahagian peha.

Garam

Kunyit.


Sos Masam dan Manis

Bahan-bahan [sila kisar]

Cili Merah – 5 biji

Tomato – 1 biji

Bawang Putih – 2 ulas

Bawang Merah – 3 biji

Lengkuas – 2 inci

Halia – 2 inci

Serai – 1 batang

Gula

Garam


***Tumis Bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Didihkan. Sehingga pekat sedikit.


....

Lumur ayam dengan garam dan kunyit.

Gorengkan ia. Ketepikan.

Hiris dia gaya yang anda suka

Tuang kuah banyak mana anda suka


Saya suka gaya ini.

Kemudian.

Tabur daun bawang.

Yummi!

Bila tekak tak ada selera. Gaya macam ini sungguh sedap.

silasukalesungbatudisini

Masak Lodeh atau Lontong




Masak lodeh oh masak Lodeh. HAHAH. Baru usia sekarang saya tahu Masak Lodeh itu adalah yang saya dok panggil Lontong yang dok makan dengan nasik impit tu. Cis.
Maklumlah saya orang jelapang padi nu. Ini bukan makanan tradisi hari raya saya.
Bila encik suami minta saya masak untuk di bawak ke majlis hari raya di pejabat beliau untuk tiga puluh orang makan. Maka saya tersedak. Adoih.
Maka. saya cuba. Ia tidak payah rupanya. Tapi satu minggu jugak saya asyik fikir apakah itu masak lodeh. Setelah bertanya pada encik Google dan mengambil resepi puan ibu mertua. maka. saya kata. Cis. sonang ja lah.
Dan. Ia bukan makanan kegemaran saya. ia Cuma untuk orang selatan-selatan yang gemar-gemar masak lodeh.
.....


Masak Lodeh

Bahan-bahan
Sila Kisar dan Tumis
Bawang Besar – 1 biji
Bawang Putih – 4 ulas
Serai - 1 saja dihiris halus
Kunyit Hidup – sebesar ibu jari
Udang Kering – rendam dulu
Ikan Bilis – rendam dulu
** Kisar bahan diatas
Lengkuas - diketuk
Halia- di ketuk
Serai – dititik

(boleh juga di masukkan ketumbar dan jintan manis -kasar di kisar)

......
Sayur-sayuran
Kacang Panjang
Karot
Kobis
Sengkuang
Fucuk
Suhun
** semua sayuran di potong begini gaya.

Kacang panjang. Kobis. Karot

Sengkuang


Fucuk [sila rendam dulu]

Santan – 500 ml
Air
Garam
Gula
Tauhu –goreng dulu
Nasi Impit – Sila rebus
......
Mula-mula. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai, lengkuas dan halia. Sehingga naik bau ye puan-puan. Masukkan Santan separuh. Dan Air. Jangan tak kacau. Sebab kalau tinggal saja tanpa dikacau. Akan pecah minyak.
Masukkan sayur yang keras dulu. Saya lah orang itu. karot dulu saya letak.
Bila mendidih. Masukkan lagi santan lagi separuh. Masukkan air. Masukkan garam dan gula. Rasa dulu sedap ke tidak. Bila sudah mendidih.
Masukkan. Sayuran. Kacang panjang. Kobis. Suhun. Dan fucuk.
Kacau sehingga mendidih. Tutup api.
Tauhu yang dogoreng di hiris empat.
Kemudian. Masukkan dalam masak lodeh.
Okay siap.
Sediakan nasik impit.
Boleh dimakan dengan sambal kacang. Dan telur rebus jangan lupa.

yummi~
silasukalesungbatudisini

Bebola Bergedil Kentucky



Salamun alaik untuk khamis yang sudah petang. Semalam saya masak soto. Dan pastinya ada begedil. Kebetulan kawan nak datang beraya diruma. Maka. saya masak lebih.

Sebenarnya. Saya belajar buat begedil dengan kawan universiti saya. Dia orang Melaka dan gemarkan sup seperti saya juga. Pernah kami kena berniaga pada hari keusahawanan. Dialah yang menjadi Kepala Ketua masak soto. HAHA. Kami kena berniaga sebagai tugasan subjek keusahawanan masa itu.

Dia buat begedil dan saya tengok. Kadang-kadang petang-petang kami sama-sama turun dapur buat begedil saja-saja buat kudap-kudap minum petang.

Maka. saya persembahkan begedil cara saya. Saya telah edit cara buat begedil ikut suka hati saya. maklumlah saya sukakan sesuatu ikut gerak hati. Janji sedap. Ye dak?

.....

Bebola Begedil Kentucky



Bahan-Bahan

Daging Kisar [ saya guna ramlee]

Kentang

Bawang Besar – 1 biji

Cili Merah – 2 biji [sila buang biji]

Daun Saderi atau Daun Bawang

ini saja bahan-bahan untuk buat begedil kita.

...

Kupas Kentang. Hiris kentang nipis.

Goreng Kentang. Ketepikan. Dan Lenyek dia. Ada orang suka rebuskan kentang. Saya rasa saya suka goreng. Ia tidak terlalu benyek dan banyak air terperangkap dalam kentang.

....

Bawang besar. Sila potong dadu secara halus. Cili Merah. Sila buang bijinya.

Dan potong dadu secara halus juga.

....

Tumis bawang dan cili merah. Masukkan daging kisar. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Bila masak. Kaup. Toskan agar minyak tidak ada secara banyak.

....

Masukkan bersama kentang yang dilenyek. Potong daun bawang atau saderi halus-halus.

Kemudian. Gaulkan kesemuanya.

....

Bentukkan dia. Saya suka ia bulat. Sebab saya mahu buat dalam bentuk bebola. Okay. lihat gambarajah dibawah.

...

Kemudian.

Pukul telur.
Ambil tepung Kentucky untuk kita gaul.

Kemudian.

Masukkan bebola bergedil dalam telur dadar.

Golekkan bersama tepung.

Tengok ni.


kemudian. tengok ni. sudah habis di salut tepung kentucky!

Ha. Ini lah cara paling berkesan agar tidak mahu bergedil anda pecah semasa digoreng. Tahu?

...

Kemudian.

Goreng dengan api perlahan.

Okay. siap dah.

Bebola bergedil Kentucky yang sedap dan rangup diluar.

Ia jugak sebagai umpan untuk kanak-kanak yang tidak gemarkan kentang. Ia adalah penyamaran tahu?

Kentang dan daging menyamar menjadi bebola Kentucky! Ia hebat! KAHKAHKAHKAH.

Syok juga saya mereka kesemua ini.


Dan. Bergedil ini saya sajikan bersama soto.



tadaa~ so slurpp!
silasukalesungbatudisini

Serawa Labu dan Kurma


Nanti. Saya mahu tanya dulu:

Siapa sukakan labu. Sila angkat tangan.

Jawapan: saya!

Siapa lagi sukakan labu sila duduk. Jangan berdiri.

Jawapan: eh. Sayalah tu. Mari duduk.

Dan. Siapa sukakan labu atau mana orang putih dia pumpkin? Sila lah cakap ya.

Jawapan: YA. YA. YA! Sayalah orang yang sukakan labu atau nama orang putih dia pumpkin itu. HaHa.

Tidak lah saya kesah jika ada orang kata gemarkan makanan orang tua-tua. HaHa. Saya tetap suka secara banyak-banyak-banyak-banyak.

...

Maka. saya telah buat pencuci mulut lepas makan untuk encik suami hari itu. sebuah labu yang cantik warna kuning dan di letakkan kurma juga.

....



Serawa Labu Dan Kurma




Cuma ini bahannya:

Labu – kupas labu separuh dan sila potong kecil. Agak-agak. Jangan kecil sangat.

Kurma – buang kulit luar. Dan belah dua atau tiga

Santan – 1 Cawan [untuk bagi lemak]

Susu Cair – Setengah tin

Gula – 3 Sudu [kalau anda nak manis. tambah lah sendiri. Ye dak?

Garam – Secubit saja. Jangan banyak.

....

Rebus Labu. Sampai separa empuk.

Masukkan santan. Biar mendidih. Masukkan Susu Cair.

Masukkan Kurma. Biar Mendidih. Masukkan Gula. Dan Garam. Kacau.

Tutup api. Siap dah. Senang saja.

...

Kalau tak. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ohoi. Balik kerja tengahari sampai rumah. Buka peti sejuk ada serawa labu. Makan sejuk-sejuk. Sedap sangat. Bahagia!

HaHa.

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net