Sup Petola dan Daun Leek






Lama saya tidak menulis resepi memasak saya pada setiap petang. Hai. Saya sebok dengan kerja. sumpah! Haha.
Baiklah. Cerita pasal sup saya memang tak boleh elak. Saya suka sup sayur. Masak lah apa berasas sup. Saya mesti suka. Dan hari ini saya mahu menulis anda tentang sup sayur ini.
....




Sup Petola dan Daun Leek



 













Bahan-bahan
Petola – bersihkan dan hilangkan kulis di luar
Daun Leek – 3 batang [ia adalah daun bawang besar]


























Kiub ayam Sup – 1 kiub
Karot – potong memanjang
Bebola Ikan – 8 biji [boleh belah kepada dua jika anda suka]
Bawang kecil – 3 biji di hiris
Bawang Putih – 2 ulas dihiris
Air – 3 cawan
Soohun – bergantung pada anda mahu banyak atau sikit.
Daun bawang dan daun Sup – dihiris kecil untuk di tabur dalam sup
....

Hidangan saya ini Cuma untuk dua orang.
Tumis bawang dan kiub ayam sehingga naik bau. Masukkan bebola ikan dan air. Masukkan karot.
Kemudian. Masukkan garam secikup rasa.
Masukkan petola dan daun leek. Tunggu sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan soohun.
Biarkan mendidih.
Dan. Siap!















tengah tekak tak ada selera, aktiviti menghirup sup macam ini sangat bermakna. Huhu


Slurp!
silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net