Siapa tidak suka kerabu. Sila keluar. HAHA. Acah –acah saja. Janganlah terasa ye dak?
Saya suka kerabu. Saya sukakan semua jenis kerabu dan semua masakan kampung. Saya tidak boleh menyorokkan diri daripada ulaman dan semuanya yang tradisional. Saya berselera kampung. Saya sukakan ia secara banyak.
Baiklah. Mari saya mengajari anda membuat kerabu. Tapi puan ibu mertua saya menyebut kerabu sebagai URAP. Orang Johor memanggilnya Urap. Maka. saya biasakan diri dengan memanggil kerabu urap.
Dan babad. Atau apakah? Saya sukakan bahagian perut lembu berwarna putih yang seperti tuala itu. itu lah yang orang Johor gelarkan ia sebagai babad.
Kerabu Nangka dan Babad
Babad. Liha rajah. Rebus. Dan potong nipis.
Daun pegaga- dihiris nipis.
Okay. lihat rajah dibawah ini:
Kerisik – 3 sudu
Cili kering – di rebus, ditumbuk bersama secubit garam, secubit asam jawa dan sedikit belacan.
Gula – secukup rasa
Garam – secukup rasa
Kemudian. Setelah siap kesemua bahan. Gaulkan dia seperti ini.
Sudah siap kerabu nangka dan babad anda. Selamat mencuba!