Kerabu @ Somtam Mangga

mSelamat petang. Semalam saya berkelana di rumah puan ibu mertua. dari petang Jumaat sampai petang Sabtu. Sebab encik suami ke kuala lumpur ada kerja.

Petang semalam pakcik sebelah encik suami membawa mangga yang diambil dari kebunnya. Banyak. dia meminta puan ibu mertua minta saya membikinkan kerabu mangga untuknya.

Dia mahu makan pada ahad. Maka. saya sediakan untuk beliau hari ini. suruh encik suami pergi hantar ke rumah.

Baik.

Saya ajarkan anda membuat kerabu mangga atau somtam mangga. Orang Thailand gelarkan ia Somtam. Somtam boleh jadi guna buah betik atau mangga.

Baiklah.

.....

Somtam atau Kerabu Mangga


Bahan-bahan

Mangga – parut
sebab mangga terlalu masam, maka tidak lah lagi saya memerah asam limau.

Lihat rajah



Bawang besar – 1 bji hiris nipis

karot – parut

udang geragau

kacang tanah – di sangai sehingga rangup

atau anda boleh menggantikan kacang tanah ini dengan ikan bilis goreng.



cili kering – rendam sama air panas. kisar bersama belacan.

kelapa parut – jika awak suka [saya suka] sebab mangga ini jenis yang terlalu masam, saya stabilkan rasa dengan lemak kelapa parut

cili padi – di hiris kecil

kacang panjang – dipotong kecil jika suka [saya tidak suka] HuHu

Garam – secukup rasa

Gula Secukup rasa

......

Okay. setelah siap bahan. Lihat rajah.

Gaulkan ia. Mudah bukan?

Nah.


Dan. Dah siap masuk dalam bekas.

Untuk uncle nasir aka pak agil.

Silalah menjamu somtam mangga aka kerabu mangga.


silasukalesungbatudisini

Kerabu Nangka dan Babad


Siapa tidak suka kerabu. Sila keluar. HAHA. Acah –acah saja. Janganlah terasa ye dak?
Saya suka kerabu. Saya sukakan semua jenis kerabu dan semua masakan kampung. Saya tidak boleh menyorokkan diri daripada ulaman dan semuanya yang tradisional. Saya berselera kampung. Saya sukakan ia secara banyak.

Baiklah. Mari saya mengajari anda membuat kerabu. Tapi puan ibu mertua saya menyebut kerabu sebagai URAP. Orang Johor memanggilnya Urap. Maka. saya biasakan diri dengan memanggil kerabu urap. 

Dan babad. Atau apakah? Saya sukakan bahagian perut lembu berwarna putih yang seperti tuala itu. itu lah yang orang Johor gelarkan ia sebagai babad.




Kerabu Nangka dan Babad



 















Bahan-bahan
Nangka muda – sila rebus. Potong ia kecil dan rebus.



Lihat rajah dibawah.


Babad. Liha rajah. Rebus. Dan potong nipis.


Tomato. Potong Kecil.


Bawang besar. Dihiris nipis.

Daun pegaga- dihiris nipis.

Okay. lihat rajah dibawah ini:













Beras goreng – di kisar halus
Kerisik – 3 sudu
Cili kering – di rebus, ditumbuk bersama secubit garam, secubit asam jawa dan sedikit belacan.
Gula – secukup rasa
Garam – secukup rasa


Kemudian. Setelah siap kesemua bahan. Gaulkan dia seperti ini.














Sudah siap kerabu nangka dan babad anda. Selamat mencuba!
silasukalesungbatudisini

Ayam Bakar Bermadu



 

Mari buat ayam bakar secara lazat. Hari itu saya menjemput pelajar ke rumah saya. saya saja buat sedikit makan-makan untuk pelajar saya seramai tujuh lapan belas orang. saya sajkan nasi ayam
Baiklah.

 

Ayam Bakar Bermadu

 


























Bahan-bahan
Ayam – di belah lapan.
Sup.
Buah keras – 2 biji - ditumbuk
Bawang putih – 3 ulas di tumbuk
Bawang besa- 2 biji di tumbuk
Sup bunjut
Bunga lawang – 2 kuntum
Bunga cengkih – 5 kuntuk
Buah pelaga – 2 biji


Kulit Kayu manis – 1 apa ya? Kata sifat penjodoh bilangan untuk kayu. Sebatang mungkin? HAHAHA. Bunyi macam sebatang itu nampak gagah perkasa. Ah. Apa sajalah.
Jintan manis – 1 sudu kecil di tumbuk
Halia – sebesar ibu jari - ditumbuk
Kiub ayam – 1 tablet.
.....
Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Tumis bersama bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelage dan sup bunjut. Kemudian masukkan ayam. Renihkan sup. Masukkan garam. Masukkan kiub ayam.
Masak sehingga ayam masak.
Tunggu sehingga mendidih. Dan tutup api. Taburkan daun sup.
...
Toskan ayam.
Gaul dan perap ayam selama 30 minit bersama:
Kicap manis
Lada hitam yang ditumbuk
Sos Tiram
Madu – 3 Sudu
Sos lada hitam.

 

Kemudian bakar.























Toing!























Toing!

























Toing!

dan. ini sebahagian dari majlis makan-makan. huhu


silasukalesungbatudisini

Sup Petola dan Daun Leek






Lama saya tidak menulis resepi memasak saya pada setiap petang. Hai. Saya sebok dengan kerja. sumpah! Haha.
Baiklah. Cerita pasal sup saya memang tak boleh elak. Saya suka sup sayur. Masak lah apa berasas sup. Saya mesti suka. Dan hari ini saya mahu menulis anda tentang sup sayur ini.
....




Sup Petola dan Daun Leek



 













Bahan-bahan
Petola – bersihkan dan hilangkan kulis di luar
Daun Leek – 3 batang [ia adalah daun bawang besar]


























Kiub ayam Sup – 1 kiub
Karot – potong memanjang
Bebola Ikan – 8 biji [boleh belah kepada dua jika anda suka]
Bawang kecil – 3 biji di hiris
Bawang Putih – 2 ulas dihiris
Air – 3 cawan
Soohun – bergantung pada anda mahu banyak atau sikit.
Daun bawang dan daun Sup – dihiris kecil untuk di tabur dalam sup
....

Hidangan saya ini Cuma untuk dua orang.
Tumis bawang dan kiub ayam sehingga naik bau. Masukkan bebola ikan dan air. Masukkan karot.
Kemudian. Masukkan garam secikup rasa.
Masukkan petola dan daun leek. Tunggu sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan soohun.
Biarkan mendidih.
Dan. Siap!















tengah tekak tak ada selera, aktiviti menghirup sup macam ini sangat bermakna. Huhu


Slurp!
silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net