Pajeri Terung

Salamunalaik.


Hai. Hari itu saya kempunan telur tembakul. HAHAH. Bukan lah. saya kempunan nak makan pajeri terung. Hu. terasa di mulut sudah rasa-rasa manis dan berempahnya pajeri. Ish.

Tak boleh jadi. Saya tidak pernah masak pajeri sebelum ini. maka. berasa susah hati nak masak bagaimanakah.

Ring! Ring! Ring! [talipon puan emak di kampung halaman. Utara jauh nun. Tanya resepi pajeri terung bagaimanakah. Hahah]

Itu saja panggilan hayat yang ada.

Lalu. Saya menulis resepi hari itu iaitu:

Pajeri terung. Ikan yu bakar. Dan air asam. [hantar mesej pada encik suami tentang menu yang bakal saya masak hari itu- dia setuju]

Baiklah. Persembahkan kepada anda:

....................



Pajeri Terung.





Bahan-bahan kisar

Halia – sebesar ibu jari

Bawang putih – 3 ulas

Bawang besar – 2 biji

** bahan kisar ini sila gaulkan bersama rempah ikan atau daging dan kerisik.

Sila lihat rajah.

dan. gaulkan ia. macam ini gaya.

Bahan-bahan tumis

Bawang putih – dihiris

Bawang merah – dihiris

Bunga lawang

Bunga cengkih

Kulit kayu manis

Lada hitam

Lihat rajah.


Bahan-bahan lain.

Rempah kari ikan atau daging

Kerisik

Gula

Garam

Terung. Potong begini. Lihat rajah.

......


Goreng terung terlebih dahulu supaya kulit terung tidak benyek apabila pajeri anda masak nanti.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Lihat rajah dibawah.

Kemudian. Masukkan santan dan bahan kisar. Masukkan terung. Masukkan garam dan gula.

Ish. lihat rajah di bawah.

dan tunggu sehingga pajeri menjadi sedikit pekat. cukup rasa masin dan manis pajeri. kemudian. siap dihidangkan. yeheeew! cubaan pertama saya menjadi!

sedap dan hilanglah rindu kampung halaman masakan omak. sob sob.

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net