Ada sesuatu yang saya suka. Bila ada unsur penyamaran dalam makanan seharian. Buat pancing mata anak-anak kecil supaya makan. HAHAH. Jadi sebelum beranak ramai, mari lah berlatih memasak sesuatu yang boleh pancing anak supaya makan apa yang sang ibu masak. Okay? HAHAH.
Persembahkan anda:
Bahan-bahan
2 senduk tepung gandum
2 sudu gula
2 sudu garam [sila larutkan dengan air panas dalam cawan]
Air panas baru mendidih
Tepung goreng Adabi
......
Tepung gandum anda tadi sila gaul dengan gula. Kemudian masukkan larutan air garam. Kemudian masukkan air panas ke dalam tepung. Jangan terlalu banyak. agak-agak tepung menjadi basah dan tidak terlalu benyek. Lenyekkan dia dengan senduk.
Lihat rajah dibawah.
Ha. Macam ini lah. faham tak?
Kemudian.
Bentukkan dia menjadi bebola. Begini.
dan begini.
Kemudian.
Salutkan bebola gandum bersamanya.
Kemudian. Goreng.
Dan. Goreng sehingga warna emas kekuningan begini.
Ia sedang menyamar seperti nugget ayam tempura kan? Hahaha. Mari mengajar anak jangan makan makanan segera. Ia tidak sehat. Jadi gantikan ia begini. Boleh juga jika anda mahu masukkan jagung di dalamnya. Ia lazat tahu?
Kemudian buatkan sos.
Sos.
Kisar cili kering bersama bawang.
Tumis. Masukkan gula dan sedikit garam. Masukkan sos cili untuk memekatkan kuat.
.....
Kemudian. Tuang sos ke atas bebola ini. yeah!
Dan.
Saya lah itu suka cicah dengan sos.
Dan.
Encik suami suka cicah dengan mayonis.
Mana-mana saja yang anda suka. Sila lah cuba sajikan!