Maggi Kari

Sekali sekala makan maggi memang sedap. Tapi makan maggi dua atau tiga kali sekali sekala memang mengundang muak. Saya tidak gemar.

Okay. mari kita bercakap soal maggi.

Encik suami suka jika saya membeli maggi tanpa perencah. Maggi kosong. Balik masak dan buat perencah sendiri. Katanya itu lebih baik dan okay.

Maka. hari itu saya memasak ia. Buka hari itu. sudah berbulan-bulan hari itu saya memasak maggi. Baru hari ini saya update disini.

.......



Maggi Kari




Bahan-bahan

Maggi kosong – saya ambil dua keping

Kari – 5 sudu

Telur – 3 biji

Bebola ikan – 8 biji

Bawang merah dan bawang putih – dihiris untuk ditumis

Sayuran- sila celur

  1. Kobis
  2. Kacang panjang
  3. Sawi

Okay. sila lihat rajah. Sayuran yang dicelur.


Dan maggi kosong ini boleh beli di pasaraya. Pilih yang kosong tanpa perencah.

Mula-mula

Tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan kari dan air. Sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bebola ikan. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan telur.

Tutup api.

Lihat rajah diatas.

.......

Kemudian. Masukkan maggi rendamkan ia. Sehingga lembut.


sampai jadi macam ini.


Siap.

Masukkan dalam mangkuk, masukkan sayur.

selamat mencuba!

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net