Kari Ikan Mayong

Sudah lama tidak menggodek-godek blog masakan saya. Tinggal terbiar tanda sudah lama dapur tidak berasap. HAHAH. Saya menyimpan resepi begitu lama kerana sibuk tak menahan dan tak ada hati melihat blog masakan.

Sebab. Tak ada masa banyak. dan tak ada mood banyak. [boleh terima alasan ini?]

Dan.

Bila saya sedang bercuti sekolah lama. Maka musti lah balik rumah puan ibu mertua secara kerap dan banyak mana waktu terluang. Memasak bersama beliau dan berada di sana.

....

Okay. berhenti beralasan-alasan banyak. maka.

Persembahkan anda:

...


Kari Ikan Mayong





Nah. Tengok bahan.

Malas nak tulis banyak-banyak. HIHI.

Asas membuat kari mesti ada ini:

Untuk menumis

Bawang merah – 4 ulas di hiris

Bawang putih – 2 ulas dihiris

Halba campur –1 sudu kecil

Rempah kari ikan – 1 paket

Santan – 2 cawan

Air Asam Jawa – 4 sudu

Air

Garam secukup rasa

.....

Tumis bawang dan helba campur sehingga naik bau. Masukkan rempah dan sedikit santan cair terlebih dahulu.

Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan ikan.

Masukkan air asam jawa.

Masukkan garam supaya garam larut dan masuk dalam isi ikan.

Masakkan isi ikan terlebih dahulu sehingga mendidih.

....

Masukkan pati santan yang pekat. Tunggu sehingga mendidih. Dan masukkan bendi serta tomato.

Siap dan senang sangat.

hidangkan bersama nasi panas dan ulam macam ini. ohoh! sedap.

....

Kalau tak habis makan. Simpan dan panaskan. Cicah dengan roti esok paginya. Aduhai. Sedap!

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net