Apam Balik

Selamat petang. Semalam. Teringin sungguh mahu makan apam balik. Maka. saya bikin kan apam balik versi sendiri. Tidak bergaya di warung jalanan. Sebab. Apam balik buatan sendiri ikut suka hati lah mahu kacang lebih atau jagung lebih atau mahu tebal atau nipis. Ye dak?

Okay.

....

Apam Balik


uhui....!

Bahan-bahan

Tepung Gandum – 4 cawan

Susu Cair – ½ tin

Air- 1 cawan

Baking Powder – 1 sudu

Soda Bikarbonat – 1 sudu

Telur- 1 biji

Gula- 3 sudu

....

Cara membuatnya begini.

Satu.

Pukul telur dan gula sehingga kembang.

Dua

Masukkan tepung, susu cair, air, baking powder dan soda bikarbonat, serta telur yang dipukul kembang tadi ke dalam mesin pengisar. Blander ia sehingga halus dan sebati semuanya.

Simpan semalaman.

Ha kau.

Saya simpan semalaman supaya tepung dan soda sebati bersama.

Nak tunggu 45 minit pun boleh. Tapi i loike semalaman.Kulit ia menjadi lebih garing.

....

Untuk inti:

Sediakan ini.

Satu:

Kacang tanah yang di sangai sehingga masak dan dikisar kering.

Dua:

Jagung dalam tin


....

Sediakan pan yang tidak melekit. Pastikan api yang kecil dan sekata. Okay mulakan.

Lihat ini.

Kemudian.

Taburkan gula.

Taburkan kacang tanah

Taburkan jagung

Dan letakkan sedikit mentega di atasnya.

....

Uhui. Ini lah apam balik buatan sendiri.

Suka hati boleh letakkan kacang mahu kan bagaimana kah. jagung mahukan bagaimanakah? Ye dak? nak letak banyak atau sikit. Ikut suka.

Yummmi!

Dan jika mahu rangup. Buat nipis-nipis. Ia memang rangup!


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net