Jemput Jemput Bebola Ikan

Hai. Minum petang atau sarapan pagi. Kalau ada jemput-jemput pun. ia tetap membuka selera. Baiklah. Saya sajikan resepi try and error saya kali yang ke...HAHAH. entah. Banyak sangat dah try and error saya ini.

Baiklah. Kembali ke pangkal jalan.

Saya buat ini untuk sarapan pagi.

...



Jemput Jemput Bebola Ikan





Bahan-bahan

Tepung Gandum – 2 cawan

Garam – secukup rasa

Gula – secukup rasa

Bebola Ikan – sila belah dua

Daun sup dan daun bawang – hiris halus

Bawang Besar – dihris

Karot – Dihiris nipis

Kunyit – ½ sudu kecil

Air

....

Lihat rajah.

Gaulkan kesemuanya. Pastikan jangan terlalu cair. Agak-agak mahu buat jemput-jemput lah. ye dak? jangan cair sangat. Jangan pekat sangat. Kang keras.

....

Goreng sehingga masak dan garing.

Siap dah ni hah.

Tengok tu.

Ada bebola ikan segar didalam.

Sedap!

Kemudian.

Hidangkan. Bersama sos. Ayuh. Ambil garpu!


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net