Bubur Nasi Lazat

AWAS. entri ini banyak gambar. anda mungkin berasa tertekan. HAHA.

Tekak macam sudah tak boleh telan makanan lain. Rasa nak makan bubur nasi. Maka. petang ini makan malam saya adalah bubur nasi.

Mula-mula. Menalipon saya kepada encik suami dulu. Bagitahu dia saya mahu masak bubur nasi saja. Minta izin dan tanya kot kot dia nak makan yang lan sebagai makan malam kami. Kalau dia nak makan yang lain. Saya cancel kan bubur nasi itu.

Tapi.

Dia kata: OKAY. maka saya pun okay lah. ye dak?

Tu dia. Bubur nasi kita.

Sekali sekala pekena bubur nasi memang tak menahan. Saya suka. Encik suami suka.


....


Bubur Nasi Lazat.





Masak nasi bersama air rebusan ayam dan karot.

Kemudian sajikan ini.

satu: ikan bilis di goreng bersama kacang tanah dan bawang

dua: potong daun bawang


tiga: rendang asam ikan talang masin. pheww!


empat: isi ayam yang dicarikkan. sodap nih.


lima: kailan goreng. sebab encik suami dan saya tidak boleh makan kangkung atas nasihat doktor maka [sayur pengganti kenalah ada. ye dak?]


enam: telur masin. [tanya tuan kedai. beli lah yang kurang masin] ia sedap.


tujuh: sambal belacan jika suka. [saya buat saja untuk encik suami]


dan ini: plink! pandangan menu dari atas angkasa.



Tengok gambar sahaja lah. kemudian buat sendiri. HAHAHAHHAHHA. Saya malas tulis oh. Tidak tahu lah kenapa
.

siap sedia untuk di mamam. slurppp!!

silasukalesungbatudisini

Kari Ikan Mayong

Sudah lama tidak menggodek-godek blog masakan saya. Tinggal terbiar tanda sudah lama dapur tidak berasap. HAHAH. Saya menyimpan resepi begitu lama kerana sibuk tak menahan dan tak ada hati melihat blog masakan.

Sebab. Tak ada masa banyak. dan tak ada mood banyak. [boleh terima alasan ini?]

Dan.

Bila saya sedang bercuti sekolah lama. Maka musti lah balik rumah puan ibu mertua secara kerap dan banyak mana waktu terluang. Memasak bersama beliau dan berada di sana.

....

Okay. berhenti beralasan-alasan banyak. maka.

Persembahkan anda:

...


Kari Ikan Mayong





Nah. Tengok bahan.

Malas nak tulis banyak-banyak. HIHI.

Asas membuat kari mesti ada ini:

Untuk menumis

Bawang merah – 4 ulas di hiris

Bawang putih – 2 ulas dihiris

Halba campur –1 sudu kecil

Rempah kari ikan – 1 paket

Santan – 2 cawan

Air Asam Jawa – 4 sudu

Air

Garam secukup rasa

.....

Tumis bawang dan helba campur sehingga naik bau. Masukkan rempah dan sedikit santan cair terlebih dahulu.

Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan ikan.

Masukkan air asam jawa.

Masukkan garam supaya garam larut dan masuk dalam isi ikan.

Masakkan isi ikan terlebih dahulu sehingga mendidih.

....

Masukkan pati santan yang pekat. Tunggu sehingga mendidih. Dan masukkan bendi serta tomato.

Siap dan senang sangat.

hidangkan bersama nasi panas dan ulam macam ini. ohoh! sedap.

....

Kalau tak habis makan. Simpan dan panaskan. Cicah dengan roti esok paginya. Aduhai. Sedap!

silasukalesungbatudisini

Ayam Goreng Butter



kira.

1.

2.

3.

siap!

Seringkas yang mungkin memasak lauk bila saya sudah tidak larat mahu masak apakah lagi? ini lah yang dinamakan dilemma wanita.

Kadang-kadang tak tahu lah mahu sajikan apa.

Ringkas yang mungkin. Sebab sudah malas. HAHAH.

....

Ayam Goreng Butter





Ayam di hiris kecil. Goreng layang terlebih dahulu. matikan isi ayam yang lembut.

Potong kan bawang

Belah cili padi

Dua sudu butter

Goreng sehingga garing dan melekit. Ia sedap. Wangi butter menerawang setiap ruang. HOHO.

...

Uh! Plink!


Plink!

Plink!


silasukalesungbatudisini

Apam Balik

Selamat petang. Semalam. Teringin sungguh mahu makan apam balik. Maka. saya bikin kan apam balik versi sendiri. Tidak bergaya di warung jalanan. Sebab. Apam balik buatan sendiri ikut suka hati lah mahu kacang lebih atau jagung lebih atau mahu tebal atau nipis. Ye dak?

Okay.

....

Apam Balik


uhui....!

Bahan-bahan

Tepung Gandum – 4 cawan

Susu Cair – ½ tin

Air- 1 cawan

Baking Powder – 1 sudu

Soda Bikarbonat – 1 sudu

Telur- 1 biji

Gula- 3 sudu

....

Cara membuatnya begini.

Satu.

Pukul telur dan gula sehingga kembang.

Dua

Masukkan tepung, susu cair, air, baking powder dan soda bikarbonat, serta telur yang dipukul kembang tadi ke dalam mesin pengisar. Blander ia sehingga halus dan sebati semuanya.

Simpan semalaman.

Ha kau.

Saya simpan semalaman supaya tepung dan soda sebati bersama.

Nak tunggu 45 minit pun boleh. Tapi i loike semalaman.Kulit ia menjadi lebih garing.

....

Untuk inti:

Sediakan ini.

Satu:

Kacang tanah yang di sangai sehingga masak dan dikisar kering.

Dua:

Jagung dalam tin


....

Sediakan pan yang tidak melekit. Pastikan api yang kecil dan sekata. Okay mulakan.

Lihat ini.

Kemudian.

Taburkan gula.

Taburkan kacang tanah

Taburkan jagung

Dan letakkan sedikit mentega di atasnya.

....

Uhui. Ini lah apam balik buatan sendiri.

Suka hati boleh letakkan kacang mahu kan bagaimana kah. jagung mahukan bagaimanakah? Ye dak? nak letak banyak atau sikit. Ikut suka.

Yummmi!

Dan jika mahu rangup. Buat nipis-nipis. Ia memang rangup!


silasukalesungbatudisini

Maggi Goreng Ayam Bakar Bermadu


Hai. Mari cuci mata. Hihi.

Hari ini saya malas masak nasi. Maka. saya goreng maggi sahaja. Hari itu encik suami beli maggi kosong. Tidak lah mahu dia yang berperencah tom yam atau curry. Atau perisa cendawan atau apakah. Betul-betul maggi kosong semata-mata.

Dia suruh saya buat perencah sendiri.

Okay.

Dia kata.

Dia tidak mahu ajinomoto.

Okay. baiklah encik.

Hari ini saya masak.

.....


Maggi Goreng Ayam Bakar Bermadu



Sebab senang sangat buat maggi goreng. Maka. lihat gambar saja. Sebagai cuci mata dan cuci selera.

Xoxo. Layan!




plink!
silasukalesungbatudisini

Jemput Jemput Bebola Ikan

Hai. Minum petang atau sarapan pagi. Kalau ada jemput-jemput pun. ia tetap membuka selera. Baiklah. Saya sajikan resepi try and error saya kali yang ke...HAHAH. entah. Banyak sangat dah try and error saya ini.

Baiklah. Kembali ke pangkal jalan.

Saya buat ini untuk sarapan pagi.

...



Jemput Jemput Bebola Ikan





Bahan-bahan

Tepung Gandum – 2 cawan

Garam – secukup rasa

Gula – secukup rasa

Bebola Ikan – sila belah dua

Daun sup dan daun bawang – hiris halus

Bawang Besar – dihris

Karot – Dihiris nipis

Kunyit – ½ sudu kecil

Air

....

Lihat rajah.

Gaulkan kesemuanya. Pastikan jangan terlalu cair. Agak-agak mahu buat jemput-jemput lah. ye dak? jangan cair sangat. Jangan pekat sangat. Kang keras.

....

Goreng sehingga masak dan garing.

Siap dah ni hah.

Tengok tu.

Ada bebola ikan segar didalam.

Sedap!

Kemudian.

Hidangkan. Bersama sos. Ayuh. Ambil garpu!


silasukalesungbatudisini

Ikan Merah Sos Cendawan

Salamun alaik.

Semalam teringin sangat mahu makan ikan. Maka. saya masakkan ikan. Baiklah resepi mudah sahaja mahu kongsikan dengan anda. Tadaa~

...


Ikan Merah Sos Cendawan





Bahan-bahan.

Ikan merah. Basuh dan bersihkan.


Sila goreng. Dan letakkan diatas hirisan daun lettuce.


Sos Cendawan.

Bawang putih – 2 ulas ditumbuk

Bawang Merah – 3 ulas- ditumbuk

3 sudu – Krim Ayam dan Cendawan Campbell

Sos Tiram – 2 sudu

Sos Lada Hitam – 2 sudu

Sedikit air

Garam – secukup rasa

Cili Hijau – sila belah

Bawang Besar – sila potong bulat

...

Tumis bawang putih dan merah. Masukkan Cili hijau. Kemudian. Masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Masukkan sedikit air.

Kemudian.

Acara paling kemuncak adalah: HAHA

Masukkan krim ayam dan cendawan Campbell.

Masukkan garam secukup rasa.

Tamat.

....

Tuangkan sos cendawan diatas ikan.

Siap.


Mudahkan? Sila cuba.


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net