Nasi Goreng Kampung Kekasih Hati

Ketawa berdekah-dekah dulu tengok pada tajuk. HAHAHHA.

Saja saya suka-suka letak tajuk sebab ada telur dadar berbentuk hati yang telah saya gorengkan untuk saya dan encik suami. Auwww! Kekasih Hati tu. Tak menahan. Makan nasik sambil tersenyum-senyum. HAHAH.

...

Selamat petang. Ini ucapan petang semalam. HAHA. Di tangguhkan kepada hari ini. petang semalam saya makan malam dengan nasi goreng sahaja.

Nasi Goreng Kampung. Yang kita suka makan masa zaman-zaman muda-muda. Masa zaman-zaman belajar di university. Dan zaman-zaman tidak selalu masak. Cuma makan di warung dengan kawan-kawan bila lapar sangat malam-malam ye dak?

Okay.

...



Nasi Goreng Kampung



plink!


plink!



Bahan-Bahan

Nasi Panas – 4 Senduk [untuk dua orang makan]

Ikan Bilis – sila goreng

Kangkung

Kacang Panjang

Bawang Merah- dihiris nipis

Bawang Putih – dihiris nipis

Cili – ikut anda lah mahu banyak mana.


Garam – secukup rasa

[mak saya bagi petua. Nasi putih gaul dulu dengan garam supaya garam dia sekata pada nasi dan tidak menjadi terlalu masin. Maka. senang hati lah. tak payah letak masa menggoreng takut tidak rata]


....

Tumis bawang. Goreng kan ikan bilis. Sehingga garing. Dan masukkan sayur.

Hu. Tengok rajah berikut.

Bila sudah masak. Masukkan nasik.

Tengok rajah. Gaul dia.

....

Siap di goreng sampai masak.


Senang sangat. Kenapa lah pi makan di kedai ha? Masak sendiri lah.


Okay. siap dah dihidangkan. Da boleh makan.




hidangkan bersama ayam goreng masak asam, daun lettuce serta tomato.

encik suami! makan malam dah siap! haha.
silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net