Mee Kari Kerang

Semalam hari wukuf di Arafah. Maka sempena hari Arafah. Saya berpuasa bersama encik suami. Kerana mahu merebut pahala ini:

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).


Maka, berbuka puasa semalam saya masak mee kari kerang. Walaupun encik suami tak boleh makan sangat makanan laut. Saya yang tak menahan rasa maukan kerang tetap sajikan lah juga. HAHAH. Saja mahu terliurkan dia secara psikologi.

Okay.

.....


Mee Kari Kerang



Bahan
½ mee kuning (celur dan toskan)


Taugeh - celurkan

Sawi - celurkan
Bawang goreng


Bahan Hiris
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi

Bahan Kuah:
1 kg Kerang [sila basuh bersih-bersih dan rebuskan dia] lebih banyak kerang lebih sedap
½ kg bebola ikan [sebab saya tidak suka fishcake]
3 sudu besar cili kisar

5 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air

1 kotak santan – 250ml
2 keping asam keping ( ikut saiz )

1 kiub ayam
minyak
garam


Bahan kisar dan tumis
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

.....

Okay. mari buat kuah.

Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah. Dan sedikit air dan air rebusan kerang. Biarkan sampai naik minyak. Masukkan separuh kerang dan ball, stok udang dan santan. Jangan lupa kiub ayam. Renehkan sehingga naik minyak.

Kacau dia. Dan buat kuat bagi sedap dulu lah. ye dak? okay. siap.

Siapkan bahan sayuran dan bahan lain. Macam ini.
Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi. Tadaa~


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net