Kueteow Daging Goreng

Ish. lama rasanya membiarkan dapur saya disini tidak berasap. Maka. sempena hari raya aidil adha ini. saya qadha balik lah. HAHAHA.

Okay. menu yang sudah lama saya simpan tidak di publish-publish ini saya keluarkan untuk anda. Yeah!

Oleh sebab encik suami allergic dengan makanan laut. Saya gantikan kerang dengan daging. Nah. Persembahkan anda:

.....

Kueteow Daging Goreng


Bahan-bahan

Kueteow – sila basuh dengan air panas sekali lalu. hilangkan minyak dan bau dia.


Sos tiram

Sos tomato

Kicap manis


**sayur

Sawi

taugeh


Bahan kisar

Cili kering – 10 tangkai

Bawang merah – 3 ulas

Bawang besar- 2 biji

Bawang putih- 2 ulas

Garam

Gula

.....

Tumiskan bahan kisar. Masukkan sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Masukkan daging. Masak sehingga daging masak dan biarkan ia mendidih. masukkan batang sawi terlebih dahulu. sebab lazimnya ia lambat lembut.



Okay. tengok rajah. kuah yang sudah masak.


Bila sudah masak.

Masukkan kueteow dan sayuran.

kemudian. Gorengkan dia.biar sekata semuanya.

Kemudian.

Siap dihidangkan! potong limau kasturi. taburkan bersama daun bawang. hirisan tamagoyaki [telur], hirisan timun dan tomato. oh. alhamdulillah. kenyang.



Mudah. Dan ringkas!

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net