Cekodok Roti Bilis


Salamun alaik kepada semua pembaca diam saya.

Mari. Saya ajar anda sesuatu. Ini cerita dulu-dulu. Zaman belajar. zaman makan roti gardenia petang petang. Dan tidak mahu makan bahagian tepi roti. Maka suatu hari. Kawan baik saya ajarkan saya sesuatu. Daripada bahagian tepi roti terbuang.

Maka. Dia ajarkan kami membuat cekodok roti. daripada bahagian tepi roti yang agak keras dan warna coklat yang selalunya kami koyak makan bahagian tengah sahaja.

Biasa ni!

Maka. cekodok bukan Cuma untuk pisang. Tapi juga untuk roti. ye dak?

Okay. ia mudah. Dan senang sangat. Tapi sudah saya edit hasil tunjuk ajar daripada dia. Oh. Minta ampun dulu daripada tok guru saya iaitu Reena Rahman. HAHHA.

Okay. masuk kelas semua. Hari ini kita buat sarapan cekodok roti. [sebenarnya sesuai juga buat minum petang]

....


Cekodok Roti Bilis




Bahan-bahan

Roti Gardenia – 10 keping

Ikan bilis – sila kisar kering [sebab pagi-pagi saya malas dah nak menumbuk HAHA] nak cepat punya pasal.

Telur – 2 biji

Lada Hitam- 2 sudu

Gula – 1 sudu

Bawang Besar – 1 biji [ hiris nipis]


[garam tak payah. Sebab roti sudah ada rasa masin sedikit tahu?]

Okay. tengok rajah dibawah.


Kemudian. Saya Tuangkan sedikit air ke atas roti supaya mengembang. Dan supaya ia mudah di lenyekkan.

Lihat rajah. Masukkan gula dan lada hitam. Gaulkan dia kesemuanya.


Okay. bila sudah siap. Bentukkan dia. Supaya mudah digoreng.


Kemudian. Goreng!

Pastikan api sederhana. Jangan terlalu garang. Roti sudah masak pun. Cuma mahu menggaringkan dia. Tahu?

Kemudian.

Siap dah ni hah.

Cicah dengan sos. Sodap!

Dan.

Satu Tupperware ini:

Adalah Bekal Encik Suami Bersarapan Di Pejabat.

Sebab memang tak sempat lah nak bersarap dirumah.

Ini baru dua orang. entah saya ada anak esok-esok. Lagi tak nyempat rasanya.

Hu. janganlah!


silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net