Hari itu saya malas memasak. Maka. saya buntu tak tahu mahu sajikan apakah. Encik suami memang seorang pemakan. Suka makan di rumah daripada di luar. Dia tidak gemar makan di luar.
Biasalah kadangkala. Kita orang perempuan ini datang sheikh malas memasak. Maka. tak ada idea mahu masak apa? Sedangkan jam sudah nak jam enam petang. Sekejap lagi jam 6.45 encik suami pasti sampai dan mahu makan malam.
Maka. menu hentam saya petang itu adalah ini: Ayam Bakar Istimewa
Tengok pada tajuk. Ada istimewa disitu. Memujuk hati supaya makan malam itu tetap menjadi istimewa walaupun sangat ringkas seadanya. HAHA.
..
Ayam Bakar Istimewa
Bahan-bahan.
Ayam. [saya ambil bahagian peha sahaja]
Perap ayam dengan:
Sos Tiram
Sos Lada Hitam
Kicap Manis [ kipas udang]
Bawang Putih [tumbuk]
Bawang Besar [tumbuk]
Halia – seinci [ ditumbuk]
....
Ayam dibakar pada suhu 220 darjah celcius menggunakan api atas dan bawah.
Nah siap!
gaya orang pemalas tulis resepi.
Lepas itu. buat kuah:
** Sila tumbuk:
Bawang Besar – 1 biji
Bawang Putih – 2 Ulas
Cili Padi – 4 biji di ketuk
Sos tiram - 1 sudu
Air asam jawa – 5 sudu
Garam dan Gula
....
Tumis bahan kisar. Masukkan sos tiram dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedapkan kuah terlebih dahulu.
.....
Okay. Hiris tomato masukkan dalam piring. Golekkan ayam dalam kuah. Taburkan daun bawang dan cili padi yang dipotong keatas ayam. Siap. gaya malas sungguh memasak hari itu.
Siap. siap. siap. Abang. Mari makan!
tamat dan yummi!