Amaran. Entri ini banyak gambar. Anda mungkin akan berasa tertekan. HAHA.
Okay. Saya mahu ajar anda sesuatu yang mudah. Ia sesuatu yang sedap sangat sampai memang tak tahu nak cakap apa masa makan. HAHA. Asyik berlumba makan dengan encik suami. Sebenarnya ini menu try and error zaman bujang saya dulu kala.
Baik lah. Cuma ada tiga langkah untuk merasai kesedapan yang tak terhingga. Oh. Teruja.
...
Pisang Goreng Cheezy
rangup di luar satu hal. chees mengalir dari dalam satu hal. manis pisang satu hal.
Bahan-bahan.
Pisang - sesikat [bergantung pada berapa ramai si pemakan]
Kulit Popia – saya pilih saiz yang paling kecil
**sos cili
**susu pekat – satu sudu
...
Mari buat.
Okay.
Bentangkan sejadah. Eh salah. Bentangkan kulit popia.
Kemudian.
Kemudian.
Kemudian.
Balut lah. ye dak? lekatkan dia dengan putih telur.
Satu Tupperware saya simpan.
Esok-esok boleh goreng. Ye dak?
....
Okay.
Goreng dengan api sederhana. Tapi. Pastikan minyak betul-betul panas.
Okay. siap. dah.
Nah. Cuba dua dulu. hey. saya balut dengan dua lapis kulit popia. baru cheez masih terkumpul di dalam. tahu?
Garingkan?
Ha. Macam ini lah sedap.
okay. siap goreng kesemuanya..
nampak tak ada garing itu di luar tanda cheez sudah keluar.
Kemudian. Potong dia. Ada gunting tak di dapur anda? Gunting dapur untuk masak memasak. Jangan awak pergi guna gunting kain pulak. HAHAH.
Okay. tengok. Ini lah hasilnya.
Susu pekat manis satu sudu tadi, awak tuangkan secara rata diatas pisang goreng tadi.
Kenapa kena gunting macam ini? berani awak makan satu-satu macam ini saat cheez masih panas berair? Mahunya terlecur lidah tahu?
Memang yummy! Umppphhh!
Rangup di luar.
Dengan chees mencair di dalam.
Ohhh! Tak menahan.
Nah! Pemandangan dari atas awan.
Pemandangan dari atas keretapi.
Ish!
Ini pemandangan dari jarak dekat. Untuk jika anda balut dengan kulit popia satu lapis.
bangun pagi. mandi. saya gorengkan pisang goreng cheezy untuk sarapan beliau. rambut tak dan bersikat. dia ini tidak sabar mahu makan. HAHA.
licin! Huhu..
silasukalesungbatudisini