Kerabu @ Somtam Mangga

mSelamat petang. Semalam saya berkelana di rumah puan ibu mertua. dari petang Jumaat sampai petang Sabtu. Sebab encik suami ke kuala lumpur ada kerja.

Petang semalam pakcik sebelah encik suami membawa mangga yang diambil dari kebunnya. Banyak. dia meminta puan ibu mertua minta saya membikinkan kerabu mangga untuknya.

Dia mahu makan pada ahad. Maka. saya sediakan untuk beliau hari ini. suruh encik suami pergi hantar ke rumah.

Baik.

Saya ajarkan anda membuat kerabu mangga atau somtam mangga. Orang Thailand gelarkan ia Somtam. Somtam boleh jadi guna buah betik atau mangga.

Baiklah.

.....

Somtam atau Kerabu Mangga


Bahan-bahan

Mangga – parut
sebab mangga terlalu masam, maka tidak lah lagi saya memerah asam limau.

Lihat rajah



Bawang besar – 1 bji hiris nipis

karot – parut

udang geragau

kacang tanah – di sangai sehingga rangup

atau anda boleh menggantikan kacang tanah ini dengan ikan bilis goreng.



cili kering – rendam sama air panas. kisar bersama belacan.

kelapa parut – jika awak suka [saya suka] sebab mangga ini jenis yang terlalu masam, saya stabilkan rasa dengan lemak kelapa parut

cili padi – di hiris kecil

kacang panjang – dipotong kecil jika suka [saya tidak suka] HuHu

Garam – secukup rasa

Gula Secukup rasa

......

Okay. setelah siap bahan. Lihat rajah.

Gaulkan ia. Mudah bukan?

Nah.


Dan. Dah siap masuk dalam bekas.

Untuk uncle nasir aka pak agil.

Silalah menjamu somtam mangga aka kerabu mangga.


silasukalesungbatudisini

Kerabu Nangka dan Babad


Siapa tidak suka kerabu. Sila keluar. HAHA. Acah –acah saja. Janganlah terasa ye dak?
Saya suka kerabu. Saya sukakan semua jenis kerabu dan semua masakan kampung. Saya tidak boleh menyorokkan diri daripada ulaman dan semuanya yang tradisional. Saya berselera kampung. Saya sukakan ia secara banyak.

Baiklah. Mari saya mengajari anda membuat kerabu. Tapi puan ibu mertua saya menyebut kerabu sebagai URAP. Orang Johor memanggilnya Urap. Maka. saya biasakan diri dengan memanggil kerabu urap. 

Dan babad. Atau apakah? Saya sukakan bahagian perut lembu berwarna putih yang seperti tuala itu. itu lah yang orang Johor gelarkan ia sebagai babad.




Kerabu Nangka dan Babad



 















Bahan-bahan
Nangka muda – sila rebus. Potong ia kecil dan rebus.



Lihat rajah dibawah.


Babad. Liha rajah. Rebus. Dan potong nipis.


Tomato. Potong Kecil.


Bawang besar. Dihiris nipis.

Daun pegaga- dihiris nipis.

Okay. lihat rajah dibawah ini:













Beras goreng – di kisar halus
Kerisik – 3 sudu
Cili kering – di rebus, ditumbuk bersama secubit garam, secubit asam jawa dan sedikit belacan.
Gula – secukup rasa
Garam – secukup rasa


Kemudian. Setelah siap kesemua bahan. Gaulkan dia seperti ini.














Sudah siap kerabu nangka dan babad anda. Selamat mencuba!
silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net