Nugget Roti Telur


Hai. Semua. Mari saya ajarkan anda sesuatu yang comel di waktu sarapan pagi. Saya gemarkans esuatu yang comel dan sedap.

Dan ada unsur penyamaran untuk kanak-kanak juga. untuk anak yang tidak gemarkan roti secara banyak. ini adalah ubatnya. HAHA.

Ucap selamat tinggal dulu kepada ini:



Persembahkan anda ini!

...


Nugget Roti Telur





Bahan-bahan

Roti – saya pilih lima keping roti gardenia [ia lembut]

Telur – 3 biji

Gula – 1 sudu

Garam – secukup rasa

Lada hitam – ¼ sudu [bagi yang suka pedas, boleh ditambah]

....

Okay.

Ini dia.

Carikkan roti. Pecahkan telur.

Kemudian.

Gaulkan bersama sos tiram, gula, lada hitam dan garam.

...

Ambil Loyang anda yang berbentuk bintang atau love atau bunga. Sediakan ini dulu. [terlupa snap gambar!]

...

Panaskan kuali dengan butter atau sedikit minyak. JANGAN BANYAK! nanti makan minyak. Terus fail!

...

Masukkan Loyang. Dan masukkan roti dalam Loyang yang ikut bentuk yang anda suka.

Masak dengan api perlahan.

Okay. siap. boleh hidang pada anak kecil anda.

...

Selamat tinggal roti telur yang berbentuk empat segi. Babai! sekarang bentuk nugget. huhu.

silasukalesungbatudisini

Kueh Keria

Kueh keria. Saya tertanya jugak kenapakah namanya keria. Siapakah keria? Adakah dia mohd zakaria? HAHAHA. Berhenti merapu.

Biar lah namanya kueh keria atau siapa. Saya gemarkan dia. Suka dibuat sendiri daripda di kedai sana.

Bila buat sendiri. Kadar sedap dan lebihan ubi adalah lebih daripada tepung. Kalau di kedai. Sohih lebih tepung daripada ubi. Bikin hati rasa kecewa. Okay.

Sebab lama sangat tidak mengupdate masakan terlalu lama. Maka. sudah berlambak dalam kamera saya.

Maka. persembahkan anda:

...


Kueh Keria




Bahan-bahan

Ubi [ambil yang merah]

Tepung gandum

Garam

Gula

...

Ubi. Kupas. Dan hiris begini. Rebus kan bersama sedikit air dan garam. Biar empuk. [jangan banyak sangat air]

Lenyekkan.

Masukkan tepung. Agak-agak boleh gentel dan bentukkan.

Bentukkan dia.


Kemudian.

Goreng dia dengan api perlahan.


....

Untuk salutkan dia dengan gula.

Satu.

Panaskan kuali. Tanpa minyak.

Dua.

Masukkan 5 sudu gula. Kacau jangan bagi hangus. Masukkan 5 sudu air. Biarkan mendidih dan pekat.

tiga.

Masukkan kueh keria. Dan gaul. Biar gula melekat pada kueh.

Siap.


silasukalesungbatudisini

Pisang Goreng Cheezy


Amaran. Entri ini banyak gambar. Anda mungkin akan berasa tertekan. HAHA.

Okay. Saya mahu ajar anda sesuatu yang mudah. Ia sesuatu yang sedap sangat sampai memang tak tahu nak cakap apa masa makan. HAHA. Asyik berlumba makan dengan encik suami. Sebenarnya ini menu try and error zaman bujang saya dulu kala.

Baik lah. Cuma ada tiga langkah untuk merasai kesedapan yang tak terhingga. Oh. Teruja.


...


Pisang Goreng Cheezy





rangup di luar satu hal. chees mengalir dari dalam satu hal. manis pisang satu hal.

SEDAP SANGAT!

kena cuba.


Bahan-bahan.

Pisang - sesikat [bergantung pada berapa ramai si pemakan]

Kulit Popia – saya pilih saiz yang paling kecil

Chees- saya pilih cheesdale



**sos cili

**susu pekat – satu sudu

...

Mari buat.

Okay.

Bentangkan sejadah. Eh salah. Bentangkan kulit popia.

Kemudian.

Bentangkan cheesdale anda.

Kemudian.

Letakkan pisang.

Kemudian.

Balut lah. ye dak? lekatkan dia dengan putih telur.

Nah. Siap.

Satu Tupperware saya simpan.

Esok-esok boleh goreng. Ye dak?

....

Okay.

Goreng dengan api sederhana. Tapi. Pastikan minyak betul-betul panas.

Okay. siap. dah.

Nah. Cuba dua dulu. hey. saya balut dengan dua lapis kulit popia. baru cheez masih terkumpul di dalam. tahu?

Garingkan?

Ha. Macam ini lah sedap.

okay. siap goreng kesemuanya..

nampak tak ada garing itu di luar tanda cheez sudah keluar.

Kemudian. Potong dia. Ada gunting tak di dapur anda? Gunting dapur untuk masak memasak. Jangan awak pergi guna gunting kain pulak. HAHAH.

Okay. tengok. Ini lah hasilnya.


Susu pekat manis satu sudu tadi, awak tuangkan secara rata diatas pisang goreng tadi.

Kenapa kena gunting macam ini? berani awak makan satu-satu macam ini saat cheez masih panas berair? Mahunya terlecur lidah tahu?

Okay. nah! Yummy!



Memang yummy! Umppphhh!

Rangup di luar.

Dengan chees mencair di dalam.

Ohhh! Tak menahan.

Nah! Pemandangan dari atas awan.

Satu lagi!

Pemandangan dari atas keretapi.

Ish!

Ini pemandangan dari jarak dekat. Untuk jika anda balut dengan kulit popia satu lapis.


bangun pagi. mandi. saya gorengkan pisang goreng cheezy untuk sarapan beliau. rambut tak dan bersikat. dia ini tidak sabar mahu makan. HAHA.

licin! Huhu..
silasukalesungbatudisini

Ayam Bakar Istimewa


Hari itu saya malas memasak. Maka. saya buntu tak tahu mahu sajikan apakah. Encik suami memang seorang pemakan. Suka makan di rumah daripada di luar. Dia tidak gemar makan di luar.

Biasalah kadangkala. Kita orang perempuan ini datang sheikh malas memasak. Maka. tak ada idea mahu masak apa? Sedangkan jam sudah nak jam enam petang. Sekejap lagi jam 6.45 encik suami pasti sampai dan mahu makan malam.

Maka. menu hentam saya petang itu adalah ini: Ayam Bakar Istimewa

Tengok pada tajuk. Ada istimewa disitu. Memujuk hati supaya makan malam itu tetap menjadi istimewa walaupun sangat ringkas seadanya. HAHA.


..

Ayam Bakar Istimewa






Bahan-bahan.

Ayam. [saya ambil bahagian peha sahaja]

Perap ayam dengan:

Sos Tiram

Sos Lada Hitam

Kicap Manis [ kipas udang]

Bawang Putih [tumbuk]

Bawang Besar [tumbuk]

Halia – seinci [ ditumbuk]

....

Ayam dibakar pada suhu 220 darjah celcius menggunakan api atas dan bawah.

Nah siap!


gaya orang pemalas tulis resepi.

Lepas itu. buat kuah:

** Sila tumbuk:

Bawang Besar – 1 biji

Bawang Putih – 2 Ulas

Cili Padi – 4 biji di ketuk

Sos tiram - 1 sudu

Air asam jawa – 5 sudu

Garam dan Gula

....

Tumis bahan kisar. Masukkan sos tiram dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedapkan kuah terlebih dahulu.

Nah! Kuah dah siap.


.....

Okay. Hiris tomato masukkan dalam piring. Golekkan ayam dalam kuah. Taburkan daun bawang dan cili padi yang dipotong keatas ayam. Siap. gaya malas sungguh memasak hari itu.

Siap. siap. siap. Abang. Mari makan!


tamat dan yummi!

silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net