Mari makan kerabu.
Jika ada orang mengajak makan kerabu. Maka. sayalah orang itu yang secara sukarela mahukan ia. Penyedap dan pembuka selera semasa makan nasik.
Maka. saya sajikan anda. Kerabu jantung pisang.
.....
Perkataan kerabu orang utara kerap guna. Dan perkataan urap untuk menyatakan kerabu adalah untuk orang selatan. Orang Johor lazimnya panggil urap. Puan Ibu Mertua saya panggil urap bagi menyatakan kerabu.
Okay. titik.
....
Bahan-bahan
Jantung pisang – sila rebus. Ambil bahagian tengah yang lembut
Daun Selom – sila hiris halus.
Bunga kantan – di hiris halus
Bawang besar – dihiris nipis.
Kerisik – 3 sudu
Beras goreng – blend kering. [3sudu]
Cili kering [ditumbuk bersama asam jawa dan belacan serta garam]
Gula.
......
Gaul.