Kerabu Jantung Pisang




Mari makan kerabu.

Jika ada orang mengajak makan kerabu. Maka. sayalah orang itu yang secara sukarela mahukan ia. Penyedap dan pembuka selera semasa makan nasik.

Maka. saya sajikan anda. Kerabu jantung pisang.

.....

Perkataan kerabu orang utara kerap guna. Dan perkataan urap untuk menyatakan kerabu adalah untuk orang selatan. Orang Johor lazimnya panggil urap. Puan Ibu Mertua saya panggil urap bagi menyatakan kerabu.

Okay. titik.

....

Kerabu Jantung Pisang



Bahan-bahan

Jantung pisang – sila rebus. Ambil bahagian tengah yang lembut

Daun Selom – sila hiris halus.

Bunga kantan – di hiris halus

Bawang besar – dihiris nipis.

Kerisik – 3 sudu

Beras goreng – blend kering. [3sudu]

Cili kering [ditumbuk bersama asam jawa dan belacan serta garam]

Gula.

Okay. lihat rajah.

......

Gaul.

Siap dah ni ha.

silasukalesungbatudisini

Nasi Goreng Bersenyum



Hai. Entri ini adalah pagi tadi. Maka saya perlu ucap selamat pagi juga biar pun sekarang sudah malam. HAHA.

Pada saya. pagi-pagi kena gembira. Sarapan kena gembira. Maka mari senyum.

Hahah.

Persembahkan pada anda nasi goreng yang bersenyum-senyum atau nama glamornya nasi goreng PATAYA. Huhui. Saya bagi nama bersenyum-senyum secara suka hati.

......

Nasi Goreng Bersenyum.




Nah!

Senyum lebar-lebar.

.......

Buat nasi goreng seperti biasa. Ikut suka anda mahu nasi goreng anda rasa bagaimanakah.


Dan.

Buatkan telur dadar yang seperti ini.


Dan.

Balutkan dia.

Ewah. Rasa seronok.


Senyum lagi.


Dan. Senyum tanda kacak untuk encik suami.


dan..marilah encik suami..sarapan sudah siap sedia.


Dan.
Tak payah lah bersarap di meja makan. mari bersarap di depan tv. Sudah hadap di depan tv. Mari bersarapan sambil tengok cerita kartun shaun The Sheep. HAHAH



dan. dah siap haku rodok telur ni..tanda tak sabar dah nak makan. mari makan sambil senyum. tanda permulaan hari yang gembira. ye dak?


Selamat mencipta suasana gembira semasa makan. ia seronok! tahu?
silasukalesungbatudisini
 

Copyright © 2009 ia adalah tentang senduk dan dapur Designed by csstemplatesmarket

Thanks to Blogger Templates | Converted to Blogger by BloggerThemes.Net