Salamun alaik.
Lama benar tinggalkan blog masakan saya ini. hurm. Saya sibuk. [alasan klishe. Ye dak?] tapi. memang ya. Saya sibuk. Tak dan dah saya mahu menulis sesuatu resepi pun.
Tapi tak apa. Saya mahu sajikan sesuatu. Resepi tradisional menjadi kegemaran orang tua-tua dan saya.
Sebelum itu.
Mahu saya bagitahu sesuatu. Tentang beza gulai dan kari ini. orang utara menyebut gulai itu adalah makna nya kari. Dan orang selatan menyebut gulai itu adalah masakan asam pedas. HoHo. Sebab encik suami orang johor. Maka. saya sedia maklum lah.
Okay.
Ikan talang ini adalah dikirim oleh encik ayah. masa saya balik kampung di utara sana. Sohih saya meminta dia beli barang seekor dua. Untuk saya bawak balik. Dan saya suka ia. Untuk masak ini atau goreng saja. Ye dak.
Titik. Anggaplah tulisan diatas itu adalah latar belakang resepi HAHA.
......
Ikan talang – ambil bahagian tulang. Ada isi yang melekat di tulang. Yang tu baru sedap.
[sila rendam ikan masin. Supaya tidak terlalu masin]
Nenas – saya beli nanas madu. Ia tidak terlalu masam. Sila kupas dan potong nipis.
Bawang putih – 2 ulas.
Bawang merah – 2 ulas.
Rempah – boleh guna rempah daging atau rempah ikan kering
Santan
Air
Garam
.....
Dua bahan utama ialah:
ikan talang masin
nanas
......
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau. Masukkan rempah dan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak.
[bukan gajah naik minyak okay] HAHAH.
Okay. tengok rajah.
Kemudian.
Masukkan santan cair. Dan kemudian, Masukkan ikan talang. Tengok rajah.
Apabila mendidih. Masukkan nenas. Macam ini.
Masukkan garam secukup rasa. Tapi awas. Takut ikan masin anda itu sudah masin atau tidak. Maka. hati-hati. Garam boleh mengundang padah! HAHAH.
Okay. tunggu sehingga mendidih.
Okay. siap masak dah.
....tadaa~